Friday, June 10, 2011

Dividen Petronas RM30B, Mana Hak Rakyat? -Dr Mohd Hasyim

Editor Ibnu Hasyim


KL 10 Jun 11: Tahniah kepada pihak pengurusan dan kakitangan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang berjaya melonjakkan hasil pendapatan syarikat itu sebanyak 14.4 peratus iaitu kenaikan dari RM210.8 bilion tahun sebelumnya kepada RM241.2 bilion bagi tahun lepas yang berakhir 31 Mac baru-baru ini.

Ucap Editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim, di suatu majlis makan malam anjuran Grup Universiti Ulu Klang di KL di sini malam tadi.

"Petronas berjaya mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM97.8 bilion dan keuntungan bersihnya meningkat kepada RM63.01 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 38.5 peratus berbanding RM45.49 bilion yang diraih pada tahun 2009. Tahniah!

"Tapi mana hak rakyat Kelantan? Mana hak golongan mustad'afin Kelantan? Petronas yang kaya rampas hak rakyat miskin?

"Tahniah juga kepada anak-anak muda Petronas bermula dari mereka yang bekerja di pelantar hinggalah ke menara KLCC yang telah membawa banyak perubahan kepada syarikat gergasi negara ini.

"Petronas turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Setiap tahun Kerajaan Persekutuan menerima RM30 bilion sedangkan rakyat kedua-dua negeri ini hanya mampu membaca dan mendengar data-data keuntungan ini diungkapkan. Meleleh air liur rakyat Kelantan rindukan nikmatnya dengan tidak merasai sesen pun hasil dari perut bumi mereka.

“Adalah tidak adil jika RM30 bilion dibolot semuanya oleh Kerajaan BN sedangkan sumber hasil itu adalah dari Kelantan dan Terengganu juga..”

Dr Mohd Hasyim, yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang, yakin jumlah keuntungan Petronas ini dapat ditingkatkan melebihi RM100 bilion jika pendaratan minyak Kelantan dibuat di negeri itu.. Bukan melalui negara Thai yang menyebabkan Petronas terpaksa membayar sejumlah royalti kepada negara berkenaan.

Katanya..

"Begitulah nasib Kelantan, beruk di hutan disusukan, anak sendiri ditinggal menangis kelaparan! Untung begitu banyak, harga minyak terus naik?

Di samping itu, Hj Mohd Hasyim juga bersetuju dengan pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga berharap agar Petronas turut mempeluaskan penajaan mereka bagi aktiviti sukan dan kemasyarakatan dalam negara. “Jika mereka boleh melabur dan menaja jutaan ringgit bagi pasukan Formula 1, maka bukanlah perkara yang sukar untuk mereka melabur dan menyumbang lebih banyak bagi aktiviti masyarakat dalam negara." Jelas editor Weblog Ibnu Hasyim lagi. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Pak Asim nampak smart, kacamata hitam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails