Wednesday, June 08, 2011

Carafikir Dewi Persik: Zina, Hanya Di Selaput Dara?


HALAMAN HIBURAN

JAKARTA: Penyanyi dangdut yang juga pelakon, Dewi Persik semalam berkata, dia bertindak melakukan pembedahan selaput dara di Mesir kerana mahu menghindari zina.

“Niat saya, walaupun janda, saya mahu melindungi diri saya daripada zina. ‘Apabila mengenangkan perbelanjaan yang besar dan sakit luar biasa ketika menjalani pembedahan itu, saya pasti tidak akan melepaskan keperawanan baru saya kepada lelaki sebarangan, kecuali pada suami saya akan datang,” katanya.

Dewi Persik yang lebih dikenali dengan panggilan Depe dan nama sebenarnya Dewi Murya Agong juga memberitahu wartawan, pembedahan yang menelan belanja Rp1 bilion (RM354,000) itu dibiayai oleh pemilik syarikat penerbitan filem K2K. Depe berlakon dalam filem Pacar Hantu Perawan yang diterbitkan syarikat berkenaan.

Menurutnya, penerbit, KK Dheraj sanggup membayarnya wang berkenaan jika dia menjalani pembedahan itu. “Satu bilion bukan angka kecil,” katanya.

Dalam filem terbaru itu, Depe memegang watak Mondy, wanita yang tidak percaya kepada perkara mistik tetapi akhirnya sering diganggu makhluk halus. Depe, dalam satu wawancara lain berkata, dia mendapatkan nasihat beberapa rakan sebelum menjalani pembedahan selaput dara itu.

Antara mereka ialah bintang porno warga Norway yang turut berlakon dalam Pacar Hantu Perawan dan Misa Campo, model seksi yang sering muncul dalam forum Internet untuk golongan dewasa. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak mahu berzina lagi, ialah dengan cara melakukan pembedahan, membetulkan selaput dara yang sudah robek dan rabak. Bila siap, kerana mahal (RM354 ribu) dia tidak mahu koyak rabak lagi kecuali pada suami. Maka terselamatlah dia dari zina. Begitulah cara berfikir seorang idola remaja di negara yang paling ramai umat Islam di dunia.

Pernah di Malaysia, 'balaci-balaci' UMNO menggunakan ulama bahagian agama negara, bagi meluluskan 'goyang garudi' Inul Daratista, cara fikir model ini, yang dibawa masuk untuk meracun pemikiran generasi muda di sini. Namun ianya terus mendapat tentangan dari masyarakat Islam dan masyarakat yang berbudaya mulia di negara ini.

Itulah salah satu contoh cara berfikir songsang yang sedang melanda dan menjajah fikiran remaja. Gaya fikir beginilah yang wajib diperangi habis-habisan oleh Islam dan sepatutnya dimasukkan dalam agenda pejuang hak asasi menusia... (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails