Sunday, June 05, 2011

Buat Odit Kepimpinan Tiap AJK PAS -Mat Sabu


KL, 5 Jun 11: Majlis Syura Ulamak dicadangkan supaya membuat odit kepada setiap anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan dinilai setiap masa demi kepentingan PAS.

Odit ini pula hendaklah digunakan untuk membuat pembetulan terhadap semua mereka dan jika perlu mereka yang berkenaan dipanggil untuk diperbetulkan.

Cadangan ini dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika membuat ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke 57 hari ini. Mohamad Sabu dipercayai menjawab secara praktikal isu ulama dan Majlis Syura Ulama.

Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Haron Din ketika membuat ucapan penggulungan selepas itu membuat respon secara spontan cadangan Mohamad Sabu itu. Bagi beliau, inilah kali pertama cadangan dibuat kerana sebelum ini hanya pengharapan dibuat dalam bentuk mahukan Majlis Syura diperkasakan.

Walaupun cadangan ini sepatutnya dibuat kepada badan odit tetapi beliau yakin cadangan ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh Majlis Syura.

Weblog Ibnu Hasyim: Sokong, Al-hamdulillah. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Aku setuju sangat...selama hari ini nampak semacam golongan 'club istimewa' sahaja.

diod said...

Tahniah bang mat. Terima kasih kepada semua yang menundi abang mat.

Baru menang sudah berbagai idea keluar. Macam ini la timbalan presiden yang kita mau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails