Tuesday, June 07, 2011

Jual Video Seks JLO Lebih Ada Maruah...

HALAMAN HIBURAN

Bekas suami rancang jual video seks JLo

LONDON - Bekas suami penyanyi terkenal, Jennifer Lopez, Ojani Noa didakwa merancang untuk menjual video seks peribadi semasa mereka berbulan madu pada 1997, lapor sebuah akhbar semalam.

Peguam Lopez bagaimanapun meminta perintah sekatan terhadap penjualan video tersebut dengan mengemukakan injuksi kekal bagi menghalang Ojani daripada mengedarkan rakaman itu.

Pengurus Ojani, Ed Meyer memberitahu bahawa anak guamnya memiliki hak untuk menjual video seks itu kerana rakaman tersebut telah mendapat kebenaran Lopez yang juga dikenali dengan panggilan JLo.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Love Don't Cost A Thing itu juga menyerahkan video seks tersebut kepada Ojani semasa mereka berpisah.

Meyer berkata, lelongan video seks itu akan dibida dengan harga permulaan sebanyak beratus ribu pound sterling dan dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

"Jika tawaran (laman porno) itu tinggi, kami pasti akan terima," jelas Meyer.

JLo kini sudah berkahwin dengan penyanyi popular, Marc Anthony. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bekas suami penyanyi terkenal, Jennifer Lopez, Ojani Noa didakwa merancang untuk menjual video seks peribadi semasa mereka berbulan madu pada 1997, mungkin untuk menambah kekuatan ekonomi atau kepopularan. Itu mungkin masih ada maruah.

Tetapi di Malaysia sebahagian dari ahli-ahli UMNO sanggup menjual video seks orang lain yang menuduh Ketua Parti Pembangkang untuk memulihkan semula kekuatan partinya, itu memang jelas tidak ada maruah. Lebih teruk dan tidak bermaruah dari bekas suami penyanyi terkenal tersebut. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails