Friday, June 10, 2011

Judi, Judi.. Mengapa Negeri Lain Tak Mahu Ikut K'tan?



KOTA BHARU, 9 Ju
n 11: Dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak dahulu sehingga sekarang, biar pun diuar-uarkan pendekatan baru iaitu Membangun Negara Berkebajikan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, Kelantan sebenarnya sudah lama melaksana konsep baru itu apabila mengharamkan segala bentuk maksiat sejak 1990.

“Kelantan haramkan judi, riba semata-mata bagi mendatangkan kebajikan kepada manusia. Mereka yang berjudi hanya menunggu nasib akhirnya berlaku kemusnahan dalam rumahtangga.

”Boleh dikatakan Kelantan satu-satunya negeri di rantau ini yang mengharamkan kegiatan judi. Islam larang aktiviti itu bagi mendatangkan kebajikan kepada manusia,” katanya di sini, semalam.

Pemimpin Umno kini bertali arus mengkritik hebat konsep baru diperkenalkan PAS pada muktamar baru-baru ini iaitu Membangun Negara Berkebajikan. Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap DAP mendapat keuntungan apabila PAS dikatakan menggugur hasrat menubuh negara Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini pemimpin PAS sering menyebut perkataan negara Islam.

”Maka untuk menjawab soalan orang Presiden PAS sebut perkataan itu tidak ada dalam al Quran, tetapi disebut istilah negara berkebajikan.

”Konsep itu tidak ditonjolkan sahaja. Biar apa pun prinsip PAS tidak pernah berubah. Kebajikan yang kita buat asalkan diredhai Allah Taala” ujarnya.

Ketika ditanya media massa proUmno sekarang sibuk mendakwa PAS sudah menggugur tuntutan negara Islam katanya, suratkhabar Umno memang tidak suka orang berminat kepada Islam. Menurutnya bermacam-macam perkara dibuat apabila seseorang itu tidak mahu kepada Islam.

”Cuma sekarang orang keliru sahaja. Isya Allah perkara itu boleh hilang dengan penjelasan yang diberi,” katanya.

Beliau juga menasihatkan ahli dan penyokong PAS tidak lagi membaca Utusan Malaysia kerana laporannya disifatkan tidak seperti media lain. Katanya, akhbar itu tidak lebih sebagai surat pekeliling Umno bagi memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Judi. Judi. Dan segala bentuk maksiat. Kelantan terus tegakkan negara kebajikan. Mengapa negeri lain tak mahu ikut, terutama Kedah? (IH)

3 comments:

makcik sal said...

SIAPA KATA KELANTAN TAKDA JUDI? KELANTANLAH NEGERI YANG PALING BANYAK KEMARUK JUDI SAMPAIKAN BENDA2 YANG KITA TAK TERFIKIR PUN BOLEH DIBUAT JUDI. APA SAJA ASAL DAPAT DUIT MUDAH.LEBIH TERUK LAGI LEPAS SOLAT JUMAAT MEKE KUMPUL KAT KEDAI KOPI PAKAT BAWAK BELALANG.CENGKEREK, LIPAS,SEMUA DIBUAT JUDI.AYAM NGAN BURUNG ITU SEMOA MEMANG DAH BIASA AJALAH KELANTANLAH NEGERI SEGALA MAKSIAT BUKAN JUDI SAJA

Anonymous said...

Tunjukkan bukti Kelantan benarkan? BN benarkan judi, banyak bukti.Contohnya Genting Hihgland. Kelantan mana?

Belake rumahmu, makcik sal? He he he

Dawn Of Caliphate said...

Salam,
Kelantan Alhamdulillah, bagaimana pulak dengan negeri Selangor, Penang, Kedah?

harap2 ikut jejak langkah Kelantan jugaklah...

sekian wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails