KL 21 Mac 11: Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup. Dia pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.
Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.
“Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.
“Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang,” katanya dalam satu temubual.
Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu.
“Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya.
“Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.
“Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita,” ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.
Dalam suatu kenyataan lain, kata pelakon berusia 29 tahun itu, sebelum berlepas ke Mekah, dia telah terlebih dahulu meminta petunjuk dari Yang Maha Esa."Ia merangkumi semua aspek. Seperti yang saya katakan, apabila kita hendak menunaikan umrah, kita kena bersedia dan dari situ lagi, saya sudah berdoa.
"Saya tidak spesifik tentang benda-benda seperti itu (bertudung kerana mengerjakan umrah). Niat saya ikhlas tanpa melibatkan sebarang unsur paksaan atau sebagainya. Saya hanya mahu kehidupan yang lebih baik, gembira dan tenang," luahnya lagi.
Meneruskan bicara, Irma memberitahu, sesungguhnya dia sayang untuk mengotorkan taubat yang telah dipanjatkan semasa mengerjakan umrah dan amat bersyukur kerana jalan untuknya berhijrah mendapat keredaan dari-Nya. Keputusannya untuk bertudung sekali gus menghadiahkan perasaan seronok dan tenang yang tidak mampu digambarkan oleh kata-kata.
"Saya kini ekstra tenang dan bahagia. Susah untuk saya terangkan bagaimana perasaan itu, namun dalam erti kata lain, saya sangat senang dan gembira," akuinya sambil tersenyum.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, semoga kepimpinan idola remaja ini akan menemui kejernihan yang sejati,, (IH)
2 comments:
Alhamdullilah syukor sekurang ada niat baik iklas menuju jalan ALLAH.faggfiru Ilallah mudahan ALlAh permudahkan dan membuka lagi kepada ramai..
saya doakan buatleh perubahan yg berpandukan garis pandu ISLAM yg sebenarnya semada dari pakaian dan semua aspek..Wassalam
Amin!!
Post a Comment