Tuesday, March 22, 2011

Video Lucah, Siapa Penyebar, Siapa Pelaku?


KL22 Mac 11: Pihak polis diminta menyiasat pihak manakah yang bertanggungjawab menyediakan, menyebar dan menyiarkan video lucah yang ditayangkan kepada para wartawan untuk memburukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut.

"Saya yakin jika tidak Umno yang terlibat, adalah pihak yang menerima upah dari Umno yang melakukannya," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini, seperti dilaporkan Harakahdaily semalam.

Sementara itu Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi semalam. Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai "fitnah jahat" dan "jijik" yang "diselaras di peringkat kuasa tertinggi."

Katanya, lagi, tuduhan berkenaan juga bertujuan mengaibkan beliau dan keluarganya. Menurut Malaysiakini pula. (IH)

4 comments:

otaklunyai said...

Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yg paling Agung dan yg Paling Berkuasa. Kami hamba2 Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat ini. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan izin Mu Ya Allah segala fitnah dan kezaliman ini terjadi. Oleh itu Kami memohon agar kami dan keluarga kami diselamatkan dari segala bala ini.

Kembalikanlah segala fitnah dan kejahatan ini kepada mereka yg bertanggungjawab dan yg terlibat melakukannya agar menjadi pengajaran supaya mereka tidak kembali kepada Mu dengan dosa besar ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Anonymous said...

Tahniah kepada UMNO yang memang pengikut setia Mahathir. BAPA KEPALA LUCAH MALAYSIA.
Tidak ada Perdana Menteri yang lebih kreatif dalam bab lucah selain Mahathir Mohamad. Tidak ada PM di mana-mana negara di dunia sekreatif Mahahtir dalam bab berkaitan benda lucah dan haram.
Tahniha kerana selama 22 tahun Mahathir telah berjaya merosakkan pemikiran orang UMNO dengan idea dan pemikiran lucah mereka.
Kini semua saluran tv setiap hari akan bercerita tentang benda lucah dan haram di Malaysia ini.
Selama lebih 30 tahun di bawah 3 orang Perdana Menteri RTM TIDAK pernah menyiarkan sekalipun perkataan LIWAT dan SEKS luar tabii.
TETAPI selepas Mahathir menjadi PM RTM dan semua media Malaysia telah menghuraikan dengan panjang lebar setiap minggu jika tidak setiap hari tentang KELUCAHAN DAN BENDA BERKAITAN PERZINAAN DI MALAYSIA.
Tahniah UMNO kerana memilih orang yang macam ini sebagai pemimpin dan idola mereka.
Teruskan lagi dengan pemikiran lucah Mahathir.

Pandangan Saya said...

Kalau keadaan sebegini berterusan seolah-olah tiada langsung perasaan malu kepada kemaluan, sedikit waktu lagi akan muncul ramai perawan yang menggadaikan keperawanan mereka membuat pengakuan terbuka pernah melakukan zina dengan mereka yang TERNAMA kononnya. Tunggu dan lihat.

Anonymous said...

sebelum tv memulakan perkataan liwat/seks luar tabii, siapakah yang membuka aib salah seorang Datuk Trio ini dengan tuduhan merogol budak bawah umor walaupun dinafikan oleh budak itu sendiri? Bila kita buatkan orang, sampai masanya orang akan buat kita balik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails