Tuesday, March 22, 2011

Kesan Video Seks, Amwar Suram, Nik Aziz PM Pakatan?

Bakal Perdana Menteri Malaysia.. dari Pakatan?

KL, 22 Mac 11: Weblog Ibnu Hasyim mencadangkan Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan yang akan memerintah Malaysia. Hal ini dicadangkan akibat kesan dari kemunculan video seks baru mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan khidmat seks di sebuah hotel dilihat akan menyuramkan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Malah diramal merumitkan lagi kempen pilihan raya mereka di Sarawak dan usaha memulihkan populariti yang makin merosot. Pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan pertengahan bulan depan selepas ia dibubarkan semalam. Rakaman video itu, yang didakwa dirakam 21 Februari lalu, juga didedahkan semalam.

Penganalis politik berpendapat sementara dakwaan itu belum dibuktikan benar manakala kesahihan pula masih samar-samar, pendedahan rakaman video berkenaan dalam dunia siber sudah pasti akan mencacatkan imej Anwar. Malah perkembangan itu akan meletakkan perikatan tersebut kekurangan calon perdana menteri.

“Ia kemungkinan menjejaskan fokus Pakatan, jika kepimpinan (perikatan itu) tidak berfokus... ia akan memberi kesan ke atas keberkesanan persediaan Pakatan menghadapi pilihan raya negeri. Daripada menghadapi isu-isu kempen pilihan raya, mereka akan dipaksa mengatasi isu-isu berkaitan dengan hal ehwal peribadi,” kata penganalisis bebas Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center ini berkata persepsi orang ramai terhadap imej Anwar sebagai pemimpin bergantung sama ada video seks akan didedahkan kepada umum. Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa Anwar berhadapan dengan situasi rugi dalam apa jua kemungkinan kelak.

“Dalam banyak keadaan, ia adalah situasi rugi bagi (Anwar). Jika publik akses kepada (rakaman video), dan jika mereka dipujuk bahawa beliau adalah lelaki (dalam rakaman), ia sesuatu yang malang bagi diri beliau.

“Jika mereka tidak percaya yang dia (lelaki itu) bukan beliau, peluang bagi Anwar keluar (daripada isu) ini tanpa sebarang kesan buruk sangat kecil,” kata Ibrahim.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan keputusannya selepas pendakwa selesai membentangkan kes mereka akan diketahui esok. “Kadangkala terlalu banyak serangan juga tidak baik,” kata Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar. Malah, Anwar juga menafikan dakwaan terbaru tersebut semalam. Penganalisis politik dari USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga bersetuju dengan pandangan Ibrahim sambil menegaskan dakwaan skandal terbaru ini boleh menjejaskan pengundi-pengundi atas pagar.

“Perkara terakhir Pakatan perlu lakukan ialah menghadapi perkara ini khususnya soal waktu (isu ini didedahkan).

“Anwar adalah kapten yang menghubungkan kedua-dua PAS dan DAP, tetapi beliau kelihatan satu liabiliti memandangkan beliau berhadapan dengan siri krisis yang akan memberi kesan ke atas Pakatan,” kata beliau ketika dihubungi.

“Malah isunya sama ada PAS dan DAP mahu menyokong penuh Anwar sekarang,” tambah Sivamurugan.

Menurut beliau, PKR kini perlu fikir kemungkinan pengganti kepada Anwar tetapi masalahnya ialah mencari calon yang boleh memenuhi ‘citarasa’ kedua-dua PAS dan DAP.

“Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki (Penasihat DAP Lim) Kit Siang atau (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai ketua Pakatan Rakyat... dan Azmin juga ada isu.

“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar,” katanya lagi.

Cuba fikir-fikirkan... (IH/The Malaysian Insider)

Lihat sebelum ini..

6 comments:

Anonymous said...

Lim Guan Eng

Mohd Shubhi said...

Setuju sangat utk tolak Nik Aziz naik ke atas, tak ada orang lain yang lebih layak...baca komen saya kat sini...
http://wartashubhi.blogspot.com/2011/03/bekas-presiden-israel-dihukum-penjara.html

Anonymous said...

Tok sah dok berangan lah pas....silap haribulan kelatan pulak jatuh ketangan BN dlm PRU 13.....so tok sah dok pk sapa nak jadi PM paatan...kena pk mcm mana nak pertahankan kelatan, kedah dan selangor yg makin guyah.....nik aziz pun dah kuar masuk spital ...so tok sah dok pk pasal nak jadi PM....teringat kata hj hadi...angan angan mat jenin pas la tu.....kalau tenang, kerdau, galas, bagan pinang dan manek urai pun pas semput....jgn citer nak ambik msia.....semoga dijauhkan....amin

Anonymous said...

typical PAS minded, soooo naieve!!!! baik fokus nak kekalkan kuasa kat negeri2 yg dah sah2 akan kembali pada BN. bodo punya Pak Janggoat PAS! kalau PR menang, dah sah2 DAP yg akan conquer semua jawatan utama termasuklah jawatan PM (nak2 si ungker Lim tu). PAS boleh la tinjau2 bharap jawatan menteri hal ehwal agama macam kat Penang tu...

Oit Pak Janggoat, apesal ko langsung tak sentuh pasal Kerajaan DAP-PKR Penang buat konsert jemput Ning Baizura untuk perbodohkan umat Melayu-Islam??? Hipokrit ke apa ko ni??? kesian aku nengok muslimat PAS kena perbodoh ngan EXCO agama Penang kata ada majlis makan2...

Nilah akibatnya bila parti politik yg mengaku Gerakan Islam meninggalkan Islam. PADAN MUKA!!!

Anonymous said...

asal puak umno melalak...50 tahun umno jadi kuda tunggangan MCA...penang diratah Gerakan...deh thamby...xyah dok mimpi la...UMNO dah membusuk hingga ke usus...sperti kata Mahathir...pujaaan UMNO......nape la UMNO ni takot giler kat si tua anwar ni...

Anonymous said...

UMNO xyah gila talak...dulu pulun nak amek kelantan...lastx2 5 negeri jatuh ke tgn pakatan...tu la....takbur dan bongkak sangat pegang kuasa............Ape GERAKAN?BN buat sampai melayu penang merempat???????????????????????????jawabbbbbbbbb la umnogok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails