Friday, March 25, 2011

Web Rekrut 'Mati Syahid' Perlu, Tak Kira Syiah-Sunnah.


KL 25 Mac 11: Jamaah Islam atau kerajaan-kerajaan sunni, perlu juga wujudkan laman web dalam merekrut angkatan 'mati syahid' sebagai mengimbangi laman internet Syiah Iran, kalau puak sunnah tidak bersetuju dengan cara mereka. Sekurang-kurang ianya menjadi saiangan ke arah membuat kebaikan dan memperkembangkan ilmu Islam. Demikian pendapat Weblog Ibnu Hasyim.

Ini berikutan dengan kelahiran sebuah laman internet Iran membuka pendaftaran dalam rangka merekrut pejuang "syahid" untuk berjihad di Bahrain yang secara eksplisit bermaksud aksi untuk melakukan serangan di kerajaan Teluk tersebut. Aksi itu sebagai balasan terhadap apa yang mereka gambarkan sebagai invasi yang dilakukan oleh negara-negara di sekitar Teluk Parsi, yang masuk ke negara itu untuk membantu menciptakan keamanan.

Laman internet itu bernama "Rohil atau keberangkatan" dan mendapat lesen dari pihak berkuasa yang bertanggung jawab di Teheran, dan terbukti domain situs berakhiran IR, adalah domain rasmi Iran. Di dalam laman tersebut ditampilkan ayat-ayat Al-Quran menyeru berjihad, dan mengutuk keras sikap penguasa negara-negara Teluk (GCC). Juga menampilkan klip video berisi aksi kekerasan pasukan negara teluk khususnya Arab Saudi dalam melawan penunjuk perasaan Syiah Bahrain.

Laman tersebut juga berseru untuk merekrut penge'bom syahid' yang akan diterjunkan di Bahrain dan menjanjikan, semua sukarelawan, dirahasiakan datanya, terjaga dan laman akan menginformasikan informasi ke pihak sukarelawan melalui koresponden.

Secara umum laman ini sebagai sebahagaian dari aksi 'perlawanan' kaum Syiah menentang pemerintahan kerajaan Sunni Bahrain, di mana kerusuhan Bahrain telah meningkatkan eskalasi ketegangan antara pemerintahan Bahrain yang sunni dan Iran yang Syi'ah.

"Sebenarnya tidak perlu timbulkan pertentangan Syiah-Sunnah, yang penting ialah melawan puak-puak zalim yang ditunggng Amerika dan sekutu-sekutu bangsatnya itu!" Kata wenlog Ibnu Hasyim.

Sementara itu, menteri Israel bidang Diplomasi dan Yahudi Diaspora, Yuli Edelstein mengirim surat kepada pemilik laman jejaring sosial Facebook, Mark Zuckerberg, Rabu 23 Mac. Dalam suratnya, Edelstein meminta Zuckerberg untuk menghapus halaman grup di Facebook yang menyeru gerakan Intifada ketiga di Palestin untuk melawan Zionis Israel. (IH/Era Muslim).

1 comment:

Anonymous said...

bagi yg masih menganggap syiah iran lawan US maka kita patut sokong iran, itu adalah salah besar dan buta maklumat.

iran=syiah=US=zionis====>penyokong almehdi messiah dajjal akhirzaman

bukan sunni yg menyebab pertentangan sunni-syiah tp memang agenda syiah utk membunuh umat Islam dan menguasai dunia bersama US zionis dibelakang mereka.

dunia semua sudah sedar perkara ini, kalau masih buat maklumat lagi... tak tau la. mudah sgt tertipu dgn syiah yg berimankan takiyyah itu.

sedarlah umat islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails