Tuesday, March 22, 2011

Pemilihan PAS, Jawatan Presiden Dicabar?


ahmad awangKL 22 Mac 11: Lobi-melobi dalam pemilihan PAS telah bermula, antaranya melibatkan usaha membawa masuk kembali bekas naib presidennya Ahmad Awang (gambar sebelah) bagi mencabar presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Antara yang dilihat terlibat dalam agenda itu, antaranya bekas wartawan akhbar web PAS Harakahdaily Zainulfaqar Yaacob. Malaysiakini melaporkan.

Menulis Zainulfaqar dalam blognya kelmarin, beliau memetik kenyataan seorang naib presiden PAS sebagai mendakwa "tokoh pendakwah" itu sedang membuat perhitungan terakhir. Zainulfaqar tidak menyebut nama Ahmad Awang secara khusus. Bagaimanapun berdasarkan ciri dan latar belakang yang digambarkan, ia jelas merujuk kepada Ahmad.

Dua tahun lalu, kepimpinan hampir sedekad Abdul Hadi sedikit tercalar apabila terdapat kawasan yang memecah tradisi dengan mencalonkan Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mencabarnya.. Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun menolaknya. Ini berlaku ketika 'ketegangan' antara kelompok yang pro-kerajaan perpaduan dan 'Kumpulan Erdogan' yang pro-Pakatan Rakyat dilihat sedang memuncak dalam PAS. Abdul Hadi sering dikaitkan dengan kumpulan pertama manakala Nik Abdul Aziz pula dilihat condong kepada kumpulan kedua.

Bagaimanapun, bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad tidak mahu lagi dilibatkan dalam proses pemilihan parti kali ini untuk mana-mana jawatan pun, termasuk presiden. Malah, tegasnya, selepas tidak mempertahankan jawatannya dua tahun lalu, kini "tidak ada langsung niat atau hasrat" untuk kembali giat dalam parti.

"Saya mahu meluaskan kerja-kerja dakwah seperti membina tempat untuk tahfiz al-Quran dan membantu anak-anak yatim...

"Saya tidak akan membuat come back (penampilan semula) dalam parti," katanya mengulangi keputusan dan pendiriannya pada 2009. 'Orang pertama tentang kerajaan perpaduan' Katanya, sekiranya ada kawasan berhasrat mencalonkannya, beliau tidak akan menolaknya. Mesyuarat agung kawasan bermula 15 Mac sehingg 10 Mei ini.

Beliau mengakui terdapat usaha memujuknya kembali memegang jawatan dalam parti. Bagaimanapun, tambahnya, perkara itu sudah lama, kira-kira setahun lalu. Ditanya mengenai mengapa isu melibatkannya boleh timbul, Ahmad berkata perkara itu mungkin disebabkan beliau konsisten menolak usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Saya adalah orang pertama di Perak yang berkeras sehingga tidak tertubuhnya kerajaan (perpaduan) dengan Umno," katanya.

Beliau juga menegaskan dilihat sealiran dengan dua bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam perkara itu. Ahmad juga berkata, latar belakangnya yang pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia mungkin turut menjadi faktor beliau dilihat mampu mencabar Abdul Hadi. Mengulas tentang perkembangan pemilihan parti Islam itu pada 3 Jun ini, beliau mengakui "risau" dengan kecenderungan melobi-melobi atau pujuk memujuk dalam pemilihan jawatan tertinggi parti.

Beliau berpendapat sepatutnya, Majlis Syura Ulama memberi nasihat dan memandu berhubung perkara tersebut bagi mengelak wujudnya kumpulan tertentu dalam proses pemilihan tersebut. (IH/Malaysiakini)

Sebelum ini...

1 comment:

Anonymous said...

apakah pemilihan ini berdasarkan syura ataupun demokrasi? kalau bersandarkan syura ada ke pertandingan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails