Wednesday, March 16, 2011

Pemilihan PAS: Mohd Sabu Antara 6 Calon T/Presiden?

NONE
KL 16 Mac 11: Angin pemilihan jawatan dalam kepimpinan PAS mula bertiup. Ibu pejabat PAS dilapor menetapkan tarikh mesyuarat agung dan pemilihan bagi 179 kawasannya bermula semalam hingga 10 Mei ini. Muktamar pemilihan PAS dijadual berlangsung Jun ini.

Malaysiakini hari ini mula mempromosi calon yang akan bertanding, Muhamad Sabu.

"
Malaysiakini difahamkan sudah terdapat pertemuan di kalangan pemimpin tertentu yang berusaha memberi laluan kepada Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bertanding kali kedua merebut jawatan berkenaan."

"Malah, menurut sumber, sudah ada kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan mencalonkan Mohamad merebut 'kerusi panas' itu." Lapor Malaysiakini.

Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad Sabu tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru. Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi. Selepas pengumuman itu, Mohamad tidak menolak kekalahannya mungkin disebabkan undi pecah dengan penyokong Husam.

Kali ini, Mohamad dilihat yakin dan bersedia apabila dalam masa dua minggu lagi, beliau akan mengumumkan pendirian sama ada bertanding ataupun tidak bagi jawatan berkenaan. Ditanya Malaysiakini mengenai masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan pendiriannya, Mohamad berkata:

"Tengok awal bulan April ini. Tak lama dah... Awal bulan April, telefon semula," katanya sambil memberitahu perlu mendapatkan maklum balas rakan-rakannya terlebih dahulu.

Menurut Malaysiakini lagi, jika Mohamad bertanding, beliau dijangka berdepan dengan beberapa tokoh yang disebut-sebut bertanding antaranya naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dikatakan juga, dalam masa yang sama, Nasharuddin sebagai penyandang kerusi itu tidak akan mempertahankan jawatan itu manakala ada sumber mendakwa Husam pula akan memberikan laluan kepada Mohamad. Kedua-dua mereka bagaimanapun setakat ini belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung pendirian mereka.

Kalau Nasharuddin dan Husam terus tidak memberi laluan, mungkin pertandinagn merebut Timbalan Presiden PAS terdiri dari enam tokoh. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails