Tuesday, March 15, 2011

Temanku, Terima Dato' Dari Hun Sen Combodia.

Gambar dari atas, Timbalan Yang DiPertua PAS, Suhaimi Abdul Rahman (atas kanan); Naib Yang DiPertua PAS, Tarmizi Mohd Jam (bawah sikit, kanan) dan Setiausaha PAS, Ismail Yahya (bawah sekali, kanan) sedang menerima pingat PM Combodia melalui Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Dato' Othman Hassan.

3 Pemimpin PAS Kawasan Batu terima gelaran Dato' dari PM Combodia Hun Sen, 4 Mac 11.

KL 15 Mac 11
: PAS Kawasan Batu mengucapkan setinggi penghargaan dan kalungan tahniah kepada tiga pemimpin utama kawasan itu yang telah dianugerahkan "National Construction Medal of Combodia" yang membawa gelaran Dato' oleh Perdana Menterinya, Hun Sen pada Jumaat, 4 Mac 2011 yang baru lalu, kata Yang DiPertuanya, Haji Ishak Surin kepada Sanggahtoksago.Com malam tadi ketika berucap menutup Kuliah Tarbiyah Haraki di Markaz PAS Batu, Taman Melewar.

Mereka yang menerima anugerah ketiga tertinggi dari 13 anugerah rasmi Kerajaan Combodia itu ialah Timbalan Yang DiPertua PAS, Suhaimi Abdul Rahman; Naib Yang DiPertua PAS, Tarmizi Mohd Jam dan Setiausaha PAS, Ismail Yahya. Anugerah telah diwakilkan oleh Perdana Menteri Combodia untuk disampaikan kepada ketiga-tiga aktivis masyarakat itu melalui Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Dato' Othman Hassan dalam satu majlis di negeri Takeo sempena perasmian Masjid Nurul Hidayah di negeri tersebut.

Turut meraikan penyampaian anugerah tersebut termasuklah isteri menteri, Datin Aisyah Abdullah, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam 1; Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam 2; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negara; Timbalan Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan; Timbalan Menteri Kesihatan; Mufti Negara, Dato' Kamaruddin Yusuf; Ketua Polis Negeri Takeo, Sulaiman Lalai dan Timbalannya, Abdul Majid Abdullah serta beberapa orang Ahli Parlimen Combodia.

Menurut Yang DiPertuanya, Haji Ishak Surin, pengiktirafan Kerajaan Combodia itu merupakan suatu kebanggaan PAS Kawasan Batu terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh ketiga-tiga tokoh PAS Batu itu dalam membantu membangunkan semula umat Islam di negara tersebut dalam pelbagai bentuk pengumpulan dana, wakaf al-Quran dan ibadah korban. (Diangkat dari Blog Sanggahtoksago)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Tahniah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails