Tuesday, March 22, 2011

Anwar Lapor Polis, Amaran Kpd KDN


KL, 22 Mac 11: Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam.

Rakaman itu didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipertontonkan kepada media semalam.

Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau. Bercakap kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi itu, beliau berkata, ini kerana penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.

Beliau juga mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah itu.

“Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, pihak atasan polis tahu perkara ini,” dakwanya.

Ini, tambahnya kerana notis telah diberikan kepada pihak media untuk tayangan video berkenaan. Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, untuk tujuan menghina Anwar, pihak berkenaan boleh melakukan apa sahaja.

Beliau turut mengingatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien supaya jangan menjadikan laporan polis itu untuk menghalang kerjayanya di dalam politik.

“Jangan gunakan laporan polis untuk tutup kerjaya saya dalam politik. Kita teruskan kerjaya kita,” tegasnya.

Turut mengiringi beliau membuat laporan itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, naib Presiden PKR, Tian Chua dan N Surendran, beberapa ahli parlimen PKR, R Sivarasa, M Manikavasagam, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya. (IH)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails