Monday, March 21, 2011

Rakyat! Saman Ekor Selesai, Kalau Undi PAS


PENGGUNA

KL, 21 Mac 11:
Kalau Kerajaan BN tidak selesaikan masalah saman ekor dengan segaera, maka rakyat negara ini akan mengubah kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya (PRU) 13 akan datang. Kata Tuan Junuh Tuan Lembut, seorang peniaga yang mewakili, pasar malam dan pasar pagi di Lembah Klang, ketika ditemui Weblog Ibnu Hasyim di Kampung Pandan sebentar tadi.

Hal ini berikutan dengan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan BN kerana ia menyusah dan membebankan rakyat. "Walaupun kami rakyat tertindas, tetapi kami ada hak!", katanya lagi.

Junuh mengucapkan terimakasih kepada 'ayah cik' Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.

“Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah,” Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi.

Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat, termasuk soal saman ekor. “Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional,” ujarnya.

Katanya mengenai slogan BN “Rakyat Didahulukan”. BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung kekurangan kewangan negara, apabila terpaksa berbelanja lebih untuk melunaskan saman ekor itu. Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain.

“Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah,” tegasnya.

Turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails