Penunjuk perasaan anti-perang berdemonstrasi di Los Angeles, California sempena ulangtahun kelapan pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan menuntut supaya perang ke atas Libya dihentikan. - AFP
Beijing 21 Mac 11: China meluahkan kekesalan terhadap kebiadapan serangan yang dilakukan ke atas Libya oleh kuasa-kuasa besar dan menurut kenyataan kementerian luarnya, negara itu menentang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.
"China telah mengetahui perkembangan terbaru di Libya dan merasakan amat kesal terhadap serangan tentera ke atas negara itu.
"Kami berharap Libya dapat memulihkan keamanan secepat mungkin dan dapat mengelak kematian ramai orang awam yang disebabkan oleh konflik senjata di sana," katanya.
Rusia turut mengeluarkan kenyataan yang serupa tetapi dalam masa yang sama mahukan gencatan senjata dilakukan secepat mungkin. Sementara itu, India melalui kenyataan Kementerian Luarnya juga senada dengan negara China dan Rusia yang mahukan keamanan kembali dipulihkan di sana.
"India memandang serius terhadap perkara yang berlaku di Libya seperti persengketaan, keganasan dan situasi kemanusiaan yang semakin merosot.
"Amat mengecewakan apabila berlaku serangan udara, langkah yang diambil sepatutnya dapat mengurangkan dan bukannya memburukkan lagi situasi rakyat Libya," katanya
Serangan tentera ke atas Libya diketuai kuasa-kuasa barat oleh Perancis, Britain dan Amerika Syarikat. Ia dilakukan bagi menguatkuasakan resolusi zon larangan terbang yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan melindungi puak penentang daripada kekejaman tentera Muammar Gaddafi.
Sementara itu, bantahan sama turut disuarakan oleh masyarakat dunia. Di Bangladesh, pertubuhan Islam Khelafat Andolon melaungkan slogan anti perang dan membantah serangan udara ke atas Libya dalam satu protes di Dhaka. Ahli parti berhaluan kiri di Jerman, Die Linke Klaus Ernst juga mengadakan demonstrasi di Berlin yang mengutuk serangan kejam tersebut.
Para aktivis Filipina pula bertindak membakar bendera AS dalam satu tunjuk perasaan di Quezon City, utara Manila. Kemarahan sama turut dirasai di Los Angeles apabila aktivis antiperang mengadakan satu demonstrasi yang menyambut ulang tahun kelapan pencerobohan tentera AS dan sekutunya ke atas Iraq. White House tidak terkecuali daripada menjadi lokasi demonstrasi mengutuk serangan ke atas Libya. Akibatnya, berpuluh-puluh aktivis antiperang telah ditahan polis.
Di Tripoli, selepas hampir 42 tahun di puncak kuasa, Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dikejutkan dengan serangan 112 peluru berpandu Tomahawk pada awal pagi semalam yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.
Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq tamat hampir lapan tahun lalu apatah lagi dunia melihatnya sebagai usaha terbaru Barat untuk memaksa Gaddafi berundur. Selain AS, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.
Kapal Amerika Syarikat yang terlibat dalam serangan itu termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida dengan dibantu sebuah kapal selam Britain, Westminster.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Renung-renunglah, di sini punca kegagalan umat Islam, penyebab umat Islam diratah. Maka benarlah kata Muhammad SAW di zamannya…
“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang kerumuni kamu bagaikan puak-puak lapar kerumuni makanan mereka.”
“Apakah kerana jumlah kami sikit pada hari itu?" Kawan beliau tanya balik.
Jawab Nabi SAW, “Ya! Pada hari itu jumlah kamu ramai sangat, tetapi kamu bagaikan buih di lautan, dan Allah akan cabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan lemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”
“Apa itu al-wahnu, ya Rasulullah?” Tanya sahabatnya pula.
“Cinta dunia dan takut mati!” Jawab Rasullah SAW.
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad) (IH)
Sila lihat keseluruhan...
Takut Mati, Punca Umat Islam Diratah…
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
1 comment:
apa pula kata ulama yang menyuruh membunuh gadaffi?
Post a Comment