Friday, March 25, 2011

Serbok Kopi Gelatin Babi: Sila Buat Laporan!

PENGGUNA

Kopi campur gelatin babi
J/BAHRU 25 Mac 11: Ada atau tidak serbuk kopi gelatin babi ini di tempat anda? Kalau ada sila buat laporan kepada pihak berwajib. myMetro Online melaporkan, sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tahniah JAJ. Syabas!!

5 comments:

Unknown said...

Cer sebut nama empunya kedai ke restoren ke atau nama kopi/ Kalau boleh tunjuk gambar lagi bagus...Kenapa yang salah lagi mahu dilindungi ...tak paham tul lah...

Anonymous said...

Jadi sekarang jangan sebarangan beli kopi di supermarket atau dimana . Buat sendiri lebeh baik. Banyak barang kena buat sendiri sekarang.

Anonymous said...

skrg ni da kecoh pasal kopi tu. tapi masih belom tahu jenama apa? dlm metro pn ada keluar berita mengenai kopi gelatin ni. tapi tu lah. kenapa masih nk lindungi kedai tu? paling kurang pn, bgtau la jenama kopi. sekurang2 nya kita dapat mengelak dr terminum kopi tu

Anonymous said...

Tuan Puan,

Nama kedai restoran itu ialah Kluang Railway Station. Ia memang terkenal sampai pernah masuk majalah 3 dan sultan johor pun pernah minum di situ.

Sungguh mengecewakan, tuan punya kedai sanggup berlaku begini. Tiap tiap hari memang ramai orang melayu makan di situ, malah ramai pelayannya adalah melayu juga.

Anonymous said...

Alhamdulillah...selepas keluar TV3..suami teringin merasa sangat2..kami pergi 2 kali ....2 kali tu jugak kedai tu tutup...syukur sangat2 Allah melindungi kami sekeluarga....aminnnnnnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails