Wednesday, March 23, 2011

Lelaki Misteri Datuk T, Berani Langgar Seksyen 5(1)... Siapa?

NONE

KL 23 Mac 11: Selepas 24 jam mencetuskan kontroversi kerana menayangkan kepada sekumpulan wartawan satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sini kelmarin, identiti Datuk T, iaitu orang yang mendakwa memiliki rakaman itu, terus kekal misteri.

Datuk T sehingga malam tadi masih menjadi tanda tanya bukan saja dalam kalangan orang ramai malah polis. Satu sumber memberitahu, jika kelmarin kontroversi tersebut lebih kepada aksi lucah didakwa membabitkan pemimpin pembangkang namun semalam situasi itu berubah apabila ramai tertanya-tanya siapakah Datuk T.

Lebih menarik perhatian, apakah hubungan Datuk T dengan pemimpin pembangkang yang didakwa sebagai lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video yang dimiliki Datuk T. Maklumat yang diketahui mengenai Datuk T setakat ini ialah dia merupakan seorang lelaki Melayu berusia awal 50-an.

Ketika muncul di Hotel Carcosa Seri Negara di sini kelmarin, Datuk T menunjukkan perwatakan serius dan mengambil sikap berahsia sepanjang tayangan video dijalankan. Selesai tayangan, Datuk T dikatakan tidak bercakap kecuali mengedarkan sehelai kertas bersaiz A4 yang mempunyai butiran lanjut mengenai rakaman itu sebagai rujukan kepada kumpulan wartawan yang hadir. Pada bahagian bawah kenyataan itu tertera nama 'The Insider'.

Anehnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil membela dan mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam. Polis pun tidak berani bertindak, walaupun dia enggan menyerahkan video itu kepada polis?

Sedangkan, 'Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah', kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal. Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam. (IH)

Lihat sebelum ini..

3 comments:

Anonymous said...

dato T adalah sebahagian daripada perancangan anuar ibrahim untuk mendapatkan undi simpati masyarakat terhaap kes beliau....kewujudan cerita ini aalah sebagai taktik terakhir beliau untuk menunjukkan bahawa beliau adalah mangsa fitnah semata mata dan dato T ada
Lah sebahagian perancangan jahat BN ...pada hal ianya sebenarnya perancangan PKR sendiri....malah dato T adalah org beliau sendiri....tidak hairan lah apabila org pas mula mengatakan bahawa ramai yg makin bersimpati pada anuar ibrahim dan inilah apa yg beliau mahukan.....jgnlah kita terus terperangkap dgn sandiwara anwar ibrahim untuk mendaoatkan simpati masyarakat dan seterusnya cuba merosakkan imej kerajaan BN yg sudah semakin popular dan mula mendapat keprcayaan rakyat mutakhir ini setelah rakyat melihat kegagalan demi kegagalan kerajaan pakatan rakyat terutamanya PKR dlmmemenuhi janji pilihanraya yg mereka buat tempoh hari....percayalah...DATO T adalah aekadar gimik anuar ibrahim unruk mengocak perasaan rakyat agar kembali bwrsimpati pada beliau....ini lah sebenanya perancangan PKR.....jgn mudah percaya....Memainkan sentimen simpati pada mangsa fitnah dan memburukkan imej kerajaan BN sentiasa menjadi senjata PKR tetapi utk kali ini...senjata beliau akan memakan beliau sendiri....tungguuuuuu

Anonymous said...

sapa nk percaya teori hang tu. kepada umno...diucapkan "good tried" tapi kurang berjaya. lain kali pakai la pelakon blue yang kebih mirip rupa dan fizikal mcm anwar.
next video pulak...buat clip seks dgn lembu pulak. baru la puas hati hangpa umno sekelian nk tunjuk kepada dunia betapa kotoqnya pembangkang.

Anonymous said...

betul tu, aku sokong ko... siot jek anon 8.00AM kat atas tu buat fitnah tak tentu pasal. Anwar adalah manusia paling suci sekali kat negara kita, sekali pun dia tak pernah buat apa2 dosa. korg lupa ke yang bini dia Azizah dah umumkan yang Anwar ni anugerah tuhan? mana ada Hadi Awang diumumkan anugerah tuhan?? kita semua wajib pertahankan Anwar!!!

apa saja hal negatif yg bkaitan
Anwar adalah tipu, fitnah & mainan UMNO/BN semata2!!!! tanamkan ni dalam fikiran semua penyokong PAS!!! kita semua wajib dahulukan Anwar daripada PAS!!!

hidup Anwar!!!! Takbir!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails