Wednesday, March 23, 2011

Terbongkar Sudah, Ini Dia Datuk T, Ialah.....

Ini dia Datuk T, atau Datuk Shazryl Eskay

KL, 23 Mac 11: Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul mendedahkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay sebagai lelaki misteri “Datuk T” dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai antara mereka di belakang pendedahan rakaman video seks, kelmarin.

Johari juga mendakwa kedua-dua mereka cuba memujuk beliau dan ahli-ahli Parlimen PKR yang lain agar keluar dari parti itu selepas menonton rakaman itu. PKR sudah pun berhadapan dengan nasib kehilangan enam ahli Parlimen sejak awal tahun lalu.

Lelaki dalam video tersebut didakwa sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi Ketua Pembangkang itu telah pun menafikan dan membuat laporan polis semalam. Wakil rakyat PKR itu berkata, beliau dibawa oleh seorang pak cik ke Hotel Flamingo dekat Ampang petang kelmarin, beberapa jam selepas pemberita menonton rakaman video yang sama dan bertemu dengan “Datuk T”.

Pada sidang media yang diadakan di sini, Johari berkata sesi menonton klip video itu di Carcosa Seri Negara telah diaturkan oleh pegawai khas Abdul Rahim. Di Hotel Flamingo, Johari berkata, beliau dibawa ke sebuah bilik di mana bertemu dengan Shazryl dan Abdul Rahim. Selepas menonton rakaman itu, katanya, beliau telah diminta oleh Abdul Rahim agar mengaturkan sesi tontonan bagi ahli-ahli Parlimen PKR yang lain.

Johari berkata, beliau dimaklumkan oleh Shazryl bahawa beliaulah karakter utama di sebalik pendedahan rakaman video seks itu. Dalam pada itu, dakwaan yang sama disiarkan oleh satu blog tetapi menamakan beberapa pemimpin lain termasuk dari Perkasa. Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menafikan pihaknya terlibat dalam pendedahan itu.

“Itu tak betul, Perkasa juga tidak terlibat,” katanya merujuk kepada tulisan blog tersebut.

Baru-baru ini, nama Shazryl menjadi perhatian ekoran kes samannya berhubung bayaran RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura atau lebih dikenali sebagai “jambatan bengkok”. Dalam pendedahan secara soal jawab, penulis blog terbabit mendakwa “Datuk T” yang menayangkan video seks itu kepada media adalah Shazryl dan individu yang menempah bilik untuk tayangan di Carcosa Seri Negara adalah Rahim.

Rahim yang dihubungi The Malaysian Insider berkata akan mengadakan sidang media di ibu negara petang ini. Kelmarin, “Datuk T” telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara.(IH)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails