Sunday, March 27, 2011

Lady Gaga: Haramkan Lagu & Budayanya Masuk M'sia


HALAMAN HIBURAN

KL 27 Mac 11: Weblog Ibnu Hasyim mengalu-alukan stesen-stesen radio di Malaysia menyiarkan versi lagu Born This Way, yang sudah disunting bagi mengelakkan kemungkinan berdepan tindakan larangan dari pihak berwajib. Lagu yang dinyanyikan oleh Lady Gaga itu, dikatakan memartabatkan kehidupan homoseksual.

"Pihak kerajaan Malaysia bukan sahaja patut menyunting atau melarang lagunya, bahkan patut mengharam artis itu dan pengaruh budayanya yang negatif masuk ke negara ini." Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

Di London, menurut laporan Stesen Penyiaran British (BBC), penyanyi kontroversi itu tidak berpuas hati setelah lirik lagu tersebut ditapis untuk penyiaran di Malaysia.

Mengulas perkara itu di ibu pejabat Google di California, Gaga berkata:

"Adalah menjadi tanggungjawab peminat-peminat muda di Malaysia untuk menyuarakan hak bersuara mereka.

"Anda (peminat) harus melakukan apa yang dirasakan wajar untuk menegakkan hak kebebasan sebagai anggota masyarakat.

"Anda perlu bersuara dan tidak boleh mengalah begitu sahaja. Anda harus melakukan protes secara aman dan baik," katanya seperti dilaporkan portal newkerala.com.

Lirik lagu itu yang mencetuskan kontroversi itu berbunyi:

'No matter gay, straight or bi, lesbian trans gendered life, you were born this way.'

(Tidak kiralah sama ada gay, insan normal atau biseksual, lesbian atau kehidupan mak nyah, anda dilahirkan seperti itu).

Sementara itu, dalam perkembangan lain akhbar The Sun melaporkan Gaga mengaku dilarang oleh ayahnya, Joe Germanotta untuk membuat tatu pada bahagian kanan tubuhnya. Ini kerana Joe ingin Gaga memiliki tubuh seperti wanita normal.

"Ayah meminta agar saya tetap memiliki satu sisi yang sedikit normal. Jadi saya hanya memiliki tatu di sisi kiri saya.

"Dia minta saya tidak memiliki tatu di bahagian kanan tubuh. Saya fikir dia melihat sisi kanan saya seperti sisi Marilyn Monroe," jelasnya.

Gaga seperti sangat menyayangi ayahnya sehingga membuat tatu tertulis 'Dad' pada bahunya.

Ibnu Hasyim berpendapat, "Menyayangi ayahnya takpe. Tetapi menghasut rakyat Malaysia memberontak dan melawan budaya murni negara ini (Islam sebagai agama Persekutuan), berselindung di balik topeng 'menegakkan hak kebebasan', hal itu tidak boleh dibiarkah!" (IH)

Lihat Sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails