Monday, March 28, 2011

Rumah Azmin Ali Dikepong, Kerana Majlis Najib Al-tantuya (DN)


KL, 28 Mac 11: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali diberi notis lewat malam tadi mengarahkan beliau bertemu dengan polis pagi ini, dipercayai berhubung kekecohan ketika majlis pelancaran “Datuk Najib Altantuya (DNA)” di Taman Melawati dekat sini, Jumaat lalu.

Kenyataan media PKR yang dihantar tengah malam tadi menyebut, rumah beliau di Ampang dekat sini turut dikepung polis.

“YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Gombak memaklumkan rumahnya sedang dikeliling pihak polis,” kata kenyataan media ringkas PKR.

“Buat masa ini belum ada maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi akaun Twitternya pula berkata, “polis sedang mengepung rumah @Azminali sekarang.”

Akaun Twitter PKR Wilayah Persekutuan pula menyebut: “@AzminAli diminta lapor diri ke balai polis esok (hari ini); isu ceramah 25/3 tiada permit. Mengikut sumber beliau mungkin akan ditahan.”

Difahamkan 20 hingga 30 anggota polis berada di pekarangan rumah Azmin sekitar pukul 11.30 malam tadi untuk menyerahkan notis perintah hadir di balai polis. Notis tersebut dikatakan diterima oleh isterinya kerana ketika itu Azmin menghadiri satu mesyuarat di sebuah hotel di Ampang Azmin yang dihubungi The Star berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya.

“Dia berkata bahawa notis tidak memberikan sebab bagi saya perlu hadir di ibu pejabat polis Ampang pukul 10 pagi (hari ini),” katanya lagi.

Majlis Jumaat lalu anjuran PKR, yang didakwa diadakan tanpa permit polis, berubah menjadi ‘hodoh’ apabila anggota polis cuba menghentikan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan. (IH)

Lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails