Tuesday, March 29, 2011

Dr Mujahid Bertanding Timbalan Presiden PAS?

KL 29 Mac 11: Dr Mujahid ditanya mengenai pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden PAS dalam muktamar agung PAS yang dijangka akan berlangsung pada Jun ini...

"Pencalonan adalah hak perwakilan, dan menerima atau menolaknya adalah hak saya..." Jawab Dr Mujahid yang juga Ahli Jawatan Kuasa Agung dan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS sewaktu ditanya oleh Weblog Ibnu Hasyim di Ampang malam tadi.

"Saya tidak akan bertanding jawatan itu, kalau sekiranya saya tidak dapat membuat apa-apa perubahan yang positif kepada perjuangan PAS." Katanya yang juga ahli parlimen Parit Buntar.

Baru-baru ini buku beliau 'Menuju PAS Baru' mencetuskan polemik hebat dan menimbulkan ketegangan antara golongan yang disebut-sebut 'ulama tradisional' & 'ulama pelapis' dengan pandangan beliau. Berbagai spekulasi mulai timbul dalam pemilihan kali ini.

Bahkan menurut satu sumber lain dikatakan ada kawasan yang ingin mencalonkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Presiden PAS dan mengamanahkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi memegang jawatan Mursyidul Am PAS. Yakni pertukaran jawatan antara dua tokoh ulama itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS perlu membuat perubahan-perubahan taktik dan strategi sepanjang masa, sehingga PAS mempunyai kekuatan sendiri, bukan bergantung kepada parti lain seperti UMNO atau parti-parti dalam PAKATAN sendiri. Biar parti-parti itu datang ingin bergantung kepada PAS dan menyesuaikan diri dengan PAS.

Contohnya seperti langkah awal kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Pendekatan keterbukaan PAS mengenai kepelbagaian agama dan kaum. Memperjuang Islam melalui realiti perlembagaan yang ada dan lain-lain. Semuanya perlu kepada pemimpin-pemimpin penggerak pembaharuan atau mujaddid masa kini. Wallahu 'aklam. (IH)

Ikuti Pemilihan PAS....

6 comments:

Anonymous said...

Semoga dengan kemasukan Dr Muhajid memberi ruang kepada semua ahli dan penyokong PAS melihat apa yang cuba dibawa beliau.
Yang pasti terdapat kelainan dari sudut pendekatan belaiu dan Almarhum Yusog Rawa dari gelugor Penang ini.

Anonymous said...

Lebih elok Dr Mujahid bertanding daripada ahli yang tidak jelas wawasan mereka. Perlu kita ingat bahawa semua yang berlaku tidak akan berlaku jika tidak dikehendaki Allah SWT, termasuk penerbitan buku Mujahid.

Anonymous said...

Assl. Sudah 2 kali enta ya ibnu hasyim membuka ruang untuk pencalonan mujahid. Lobi...Kenal sangat dah enta ni . sma saja dengan beberapa bloggers kawan enta yang lain.cukuplah.lebih baik kita seang musuh. kalau nak serang kawan ada saluran dia.

Anonymous said...

Tahniah wahai penyokong pas baru!Pas lama macam mana? Kolot ker?..

Ibnu Hasyim said...

Bukan menyerang tetapi menerang. Ada pihak yang round seluruh Malaysia menerang hal ini..

Staady la sikit... Kembangkan amal makruf!

Shahabudeen Jalil said...

saya pun sgt sokong Mujahid bertanding timbalan presiden.

PAS sedang melalui jalan malap sekarang, perlukan pencerahan dari pimpinan yang lebih aktif dan kreatif.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails