Sunday, March 27, 2011

Jangan Calonkan Saya T/Presiden PAS -Tuan Ibrahim

Dari kiri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden & Presiden PAS.
KL, 27 Mac 11: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengharapkan kawasan-kawasan PAS yang akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan tidak akan mencalonkan beliau bagi merebut jawatan timbalan presiden.

“Dengan keputusan ini saya harap kawasan tidak akan calonkan saya bagi jawatan ini, saya harap tidak pencalonan.

“Saya harap kawasan akan ada pencalonan pemimpin yang lebih baik dan layak untuk memegang jawatan itu,” katanya.

Dengan keputusan itu, dijangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu yang mungkin akan bertanding.

Dengan itu jelaslah, Pesuruhjaya PAS Pahang itu mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini, di sebalik desas-desus mengatakan persaingan kemungkinan sengit. Sebelum ini khabar angin menyebut ada usaha untuk meminta beliau mencuba nasib jawatan nombor dua yang kini disandang Nasharudin Mat Isa. Kata Tuan Ibrahim, beliau telah membuat keputusan yang jelas mengenai soal itu demi perpaduan parti.

Keputusan diambil demi masa depan yang lebih baik bagi PAS. Jelas beliau, PAS mempunyai ramai pemimpin yang lebih layak dan berwibawa untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

“Saya tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

“Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas,” katanya.

Dijangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu yang mungkin akan bertanding. Mohamad dilaporkan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding bagi jawatan itu sekiranya mendapat sokongan kuat di peringkat kawasan. (IH)

Ikuti Pemilihan PAS....

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kepada Tuan Ibrahim sebab memudahkan ahli membuat keputusan.
Semoga ramai yang bersikap seperti ini.\INi tidak bermakna mereka ini tidak memberi sumbangan. Malah Arwah Hassan Shukri adalah antara pimpinan yang bersikap seperti ini.
Alangkah bak jika Nakhaei sendiri boleh kembali ke pangkal jalan.
Masa masih belum terlewat. Janganlah perasaan marah dan kecil hati kerana pandangan kita tidak diterima lalu kita meninggalkan jemaah. Semoga tindakan Tuan Ibrahim ini menjadi iktibar kepada yang lain pula.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails