Friday, November 21, 2014

Stallone & Schwarzenegger Ajak Hollywood Bantu Israel

 Reuters. Sylvester Stallone (kiri) dan Arnold Schwarzenegger

HALAMAN HIBURAN 

JOHN Wight, penulis dan pengulas pakar geopolitik asal Inggeris, memaparkan pandangannya tentang "penglibatan" pelakon Hollywood dengan gerombolan bersenjata Zionis yang menyebut dirinya IDF ('israel'i Defence Force).  

Artikel Wight diterbitkan pejabat berita Russia Today (12/10/2014). 

Arnold Schwarzenegger dan Sylvester Stallone telah lama meraih kejayaan dalam kerjaya mereka di Hollywood dengan memainkan peranan di dalam filem aksi yang membunuh orang dengan kejam dan tanpa pandang bulu. Gerombolan bersenjata Zionis IDF pun melakukan hal yang sama. 

Schwarzenegger dan Stallone terang-terangan menyokong gerombolan IDF dengan mengadakan pertunjukan besar di Beverly Hills untuk mengumpul dana bagi kumpulan pengganas itu. 

Acara tersebut diadakan oleh Friends of the IDF cawangan Los Angeles. Para artis Hollywood yang sudah biasa menyokong Zionisme pun turut hadir memeriahkan acara tersebut, seperti Barbara Streisand, Pamela Anderson, Ricky Martin dan artis Hollywood lain. Acara tersebut berjaya mengaut sumbangan sebanyak US $ 33 juta. Itu merupakan rekod sumbangan terbesar untuk tahun ini dan khabarnya US $ 10 juta disumbangkan oleh pemilik Oracle Larry Ellison. 

Peluru Artis untuk pengganas Israel 

Anda boleh membeli peluru yang banyak dengan wang tersebut, sebagaimana yang IDF gunakan dalam serangan terakhir ke Jalur Gaza. Menurut PBB, operasi Protective Edge selama 50 hari menyebabkan 2,189 warga Palestin terbunuh, termasuk 1,486 penduduk awam dan 513 di antaranya anak-anak. Kira-kira 72 warga '' israel '' juga tewas, yakni 66 tentera dan enam orang awam. 

Serangan pengganas Zionis '' israel '' begitu ganas kerana mereka juga menyerang sekolah milik PBB dan semua tempat warga berkumpul untuk berlindung, masjid, dan penempatan warga. Hal itu kian menguatkan desakan kepada PBB untuk melakukan siasatan mengenai kemungkinan IDF telah melakukan kejahatan perang. 

Tidak hanya itu, setiap hari penjajah Zionis '' israel '' juga melakukan penjajahan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Tebing Barat. Yakni, mereka berusaha "menghabisi" warga Palestin demi memudahkan pembinaan penempatan Yahudi. 

Menurut John Wight, "Para artis itu bertingkah seolah-olah Gaza berada di planet lain. Sangat tidak masuk akal. Mereka minum alkohol dan berfoto ria untuk acara sumbangan kepada organisasi yang sudah banyak membuat lelaki, perempuan, bahkan anak-anak cacat selamanya. "   

Pada Ogos 2014, ketika kejahatan pencerobohan tentera Zionis atas Gaza berlangsung, Arnold dan Sylvester termasuk dari 200 penanda tangan surat terbuka yang menyokong aksi penyerangan ''israel'' dengan dalih mempertahankan diri. Mereka berkata sedang memperjuangkan perdamaian. Padahal, peluru IDF, tank, dan peluru berpandu memusnahkan Gaza.   

Idola 

Menurut John Wight, saat dirinya remaja, ia pernah mengidolakan Arnold. Wight menulis, "Apabila anda membayangkan tentang orang Amerika maka bayangan tersebut tidak jauh dari sosok seperti Arnold. Dia mempersembahkan kesungguhan, menggambarkan kekuatan lelaki sejati, kehebatan dan cita-cita buta yang membuat orang berfikir bahawa orang Amerika itu seperti dia. " 

Masih tulisan Wight, sesungguhnya, impian Amerika Syarikat dan Arnold, semua itu bohong. Mereka merupakan gambaran yang bertentangan dengan kenyataan. Dalam soal impian Amerika, nyatanya saat ini masyarakatnya runtuh di bawah ketidakadilan, kemiskinan massa, rasisme, dan putus asa. Sementara dalam kes Arnold, realitinya dia adalah orang tua yang memalukan. 

"Saya masih ingat ketika ia kembali terpilih sebagai Gabenor California pada tahun 2003," tulis Wight, "Ketika itu saya telah mengalami perubahan dari apa yang saya fikirkan ketika remaja." 

Salah satu hal pertama yang Schwarzenegger lakukan sebagai gabenor adalah menolak permohonan grasi dalam kes San Quentin atas terpidana mati Kevin Cooper yang buktinya masih tidak jelas. 

Saya, kata Wight, ingat ketika ikut berdemo di luar rumah Schwarzenegger-dengan jumlah penunjuk perasaan yang sangat banyak untuk membantah keputusannya menolak sidang grasi. 

Pada tarikh 4 Februari 2004, pelaksanaan dihentikan empat jam sebelum pelaksanaan. Kerana, Mahkamah Agung AS merayu yang ke sembilan kali dan kembali menghantar kes itu ke hakim persekutuan. Mereka mencari maklumat baru yang menunjukkan cacatnya bukti dari pendakwa yang menuduh Cooper sebagai dalang pembunuhan empat orang. 

Arnold sebagai Gabenor California, sama cacatnya dengan pengganas Zionis yang didukungnya. (IH/H)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails