Tuesday, November 18, 2014

Presiden PAS Seorang Pengganas?


ADAKAH Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS seorang pengganas?

Sabtu lalu, kerajaan UAE secara rasmi mengeluarkan kenyataan, lebih daripada 82 organisasi termasuk Ikhwan Muslimin Mesir dan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai kumpulan pengganas.

Ianya selaras dengan undang-undang persekutuan negara itu tentang pembanterasan terorisme. Kesatuan Ulama Sedunia yang Abdul Hadi sebagai Naib Presiden juga termasuk dalam senarai pengganas versi UAE itu.

Presidennya seorang ulama Mesir yang berpusat di Qatar, Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi, semalam menyatakan rasa terkejut kerana pertubuhan yang dipimpinnya itu dimasukkan dalam senarai pengganas oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE), lapor Islampos.

Kesatuan Ulama Sedunia itu mendesak UAE untuk menggugurkan mereka dari senarai pengganas dengan berkata kesimpulan UAE tidak didasarkan pada analisis atau penyiasatan sama ada legal, logik atau rasional.

"Kami mendedahkan kehairanan atas keputusan UAE yang memasukkan kami dalam senarai kumpulan pengganas dan kami menolak penjelasan ini sepenuhnya," kata kenyataan Kesatuan Ulama Sedunia yang ditandatangani oleh Qaradhawi.

Kumpulan-kumpulan lain yang dimasukkan dalam senarai pengganas termasuk Jabhah Nusra, ISIS, gerakan Houthi di Yaman dan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Senarai ini juga merangkumi pelbagai agensi kemanusiaan, bantuan dan persatuan komuniti Muslim yang ada di dunia Arab dan Barat. (IH/islampos/reuters)

3 comments:

Anonymous said...

kenapa takde negara dimasuk dlm kategori pengganas seperti syria pimpinan bshar, US Israel dll.

senarai bodoh tu

Anonymous said...

Senarai yang disedia oleh Dajjal US tu .... tengok nanti adalah rakan baik Dajjal yang kat rantau belah sini ikut .... macam biasa la tu. x percaya tengok nanti.

Anonymous said...

sharon, setanyahu, bashar n hafiz assad, khomeini, hassan nasrollat, hezbosyaitan, radovan karazic, slobodan milosevic n geng, US army in afghan iraq, as sisi, mynmar terrorist dll

mereka adalah senarai terorist bagi umat islam.

jgn ingat kita lupa dgn kekejaman mereka termasuk di bosnia. hutang darah belum dibayar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails