Tuesday, December 04, 2012

UMNO: 53% Lompat Parti, 31% Sabotaj Jika...


 Keputusan bancian yang dibuat oleh Sinar pada jam 6.30 petang

KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin.

Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda"

Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas.

Solan-soalan itu adalah:
1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 %     (473)
2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 %     (194)
3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558)
4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482)
5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187)
Jumlah Undian: 7894

Semasa membuat ucapan penggulongan semalam, Najib membuat soalan cepumas itu kepada perwakilan Umno. Ketika itu, tidak ada sikap yang jelas di kalangan perwakilan kerana tidak ada bancian yang dibuat. Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon."

Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon".
Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13".
Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu. (IH)

4 comments:

Unknown said...

Memang kucar kacir dibuatnya..

Anonymous said...

Alhamdulillah hari ni tak berita 'dalam seluak' noooo....

Anonymous said...

alamat nak bungkus leee

suka hati aku said...

Bancian sinar harian ini menunjukkan majoriti rakyat yang mempunyai akses internet yang kebanyakannya berada di kawasan bandar membenci umno-bn. Tapi respon rakyat yang tidak mempunyai akses internet yang kebanyakan berada di luar bandar agak sukar untuk diduga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails