Tuesday, December 04, 2012

Kursus Pemantapan Aqidah Saudara Muslim


KL: ALIFConsultant terus mengorak langkah bergandingan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya menganjurkan kursus Pemantapan Aqidah Saudara Muslim 2012. Kursus ini mengumpulkan kalangan saudara muslim yang menemui jalan Islam sebagai pegangan agama yang benar.. Kami lebih gemar menggunakan saudara muslim berbanding saudara baru kerana istilah baru itu sukar didefinisikan tempohnya. 

Kursus selama dua hari 24-25 Nov 2012 telah di laksanakan di Masjid Sultan Mizan, Masjid Besi Putrajaya. Tempoh masa 2 hari ini berlalu begitu pantas dan kami merasakan sukar sekali melepaskan para peserta kursus kerana cinta kepada saudara muslim. Mereka telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran bagi memilih Islam sebagai panduan hidup. Bahkan lebih pilu lagi ada yang telah ditinggalkan oleh pasangan dalam keadaan mereka telah dibuang jauh oleh keluarga.Hilang panduan dan arah tujuan hidup. 

Cabaran dakyah luar dalam keadaan emosi dan spritual yang lemah adalah cabaran yang sangat besar buat mereka. Maka memang amat wajar sekali Islam menganjurkan bantuan yang berterusan bagi membimbing mereka agar tidak patah semangat. 


Sekalung penghargaan kepada JAWI cawangan Putrajaya kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengelolakan kursus ini. Terima kasih khas kepada Tn. Hj. Ghazali Hj. Saad Ketua Penolong Pengarah JAWI caw. Putrajaya di atas kepercayaan kepada kami. Tidak lupa kepada Ustazah Zuraiza Husin yang sentiasa membantu sepanjang program. 


In sya Allah kami berharap dapat berkongsi pengalaman dengan para peserta kursus di program yang lain.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails