Tuesday, December 04, 2012

UMNO: 3 Syarat, Tiada Maaf Bagimu! -Nik Aziz


SHAH ALAM - 3 Syarat bagi memaafkan UMNO, menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebeum itu beiau juga menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa kepada rakyat negara ini. Menurut Sinar Harian.

Sebaliknya kata beliau, Umno "perlu bersikap terbuka" kerana Pas yang memerintah Kelantan dan beberapa negeri lain sekarang dan sebelum ini juga ada jasa kepada rakyat dan negara.

Apakah Umno sahaja yang berjasa?

"Dalam ucapan pemimpin Umno (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini. Soal Tuan Guru (Nik Aziz), apakah Umno sahaja yang berjasa?... semacam Umno sahaja yang berjasa!
"Pas di Kelantan pun banyak jasa," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan menerusi laman sosial beliau semalam  mengulas perkembangan di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir kelmarin.

Nik Aziz menarik perhatian dengan menggariskan beberapa jasa pihak Pas termasuk di Kelantan yang ditadbir sejak 1990.

Jasa PAS

"Pertama, pengurusan kewangan Kerajaan Kelantan acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara. Membuktikan jasa Pas yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan.

"Keduanya menerusi pendekatan pentadbiran Islam, Pas berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh ALLAH".

(Ketiga). Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah Pas melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. "Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.

Ia antara tiga respons Nik Aziz berhubung ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Beliau seterusnya berkata, "perwakilan Umno berucap penuh dengan maki-hamun yang 'sikit habuk' rakyat tak leh nak tumpang... kerana ucapan menimbulkan permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain".

Syarat Maafkan UMNO

Mengenai permohonan maaf Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar Khamis lalu, Nik Aziz berkata, "kita boleh maafkan dengan syarat, pertama, Umno kena tukar dasar dulu (dari berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul)."
"Ia selari dengan tuntutan Biro Ulama Umno tahun 1951 dulu," kata beliau.

(kedua) Nik Aziz juga berkata, pihaknya akan memaafkan Umno dan Barisan Nasional jika peruntukan pembangunan disalurkan kepada Kerajaan Negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan.

"Dan, ketiga hak rakyat Kelantan, hendaklah membayar royalti minyak kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka 'tiada maaf bagimu'," kata Menteri Besar.

(IH)

1 comment:

Anonymous said...

[url=http://www.iystwowgold.com#wowgold]wow gold[/url], don't use games gold through the substantial hail....
My wife and i respected the actual Bailey Choice games gold. To keep include 25 sets of games gold and in addition my super cool buddy has got 15, in addition to out of all of, these are generally the best. I can convey them modest Private yacht in Spain and also in our individual home inside of Calgary. Particularly convenient and chic generally. The retail price is truly impressive free of cost . low cost however they hold high-quality. Your only negative thing is where the flap down on the edges, nevertheless you can invariably enjoy a new try when ever that takes place :)
Hot but they also run a measurement too large. I first purchased the accurate dimensions along with to send back [url=http://www.hahawowgold.com]buy wow gold[/url] for any capacity lesser additionally they were Excellent!
games gold Happen to be Actually Striking And even Really worth the Selling price Fairly COMFTY,Not difficult to Wear And then Head out Any where.And then the Workout shoes Are Significantly better Afterward Every games gold I have forever Found There're Really COMFTY When We could Detection Purchase them ALL!!!!!Would definitely DEFINITLY RECOMEND Doing it Towards Acquaintance On the other hand Assume that THEY ARE To help you Harmful for YOUNGER CHILDREN To give B/C They should Damage Individuals. I've a Increased Big Feet And possess BEEN SEARCHING ALL MY Lifespan For those Frosted glass SLIPPER And additionally MANN Would I really Discover it!!!!
gazed effective. We were holding a variety of for the 23rd year old and she proclaims they appear wonderful relating to and she takes a lot of kind comments whenever this girl gives you [url=http://www.d3kiss.com/#diablo3gold]diablo 3 gold[/url].

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails