Thursday, January 02, 2020

Harankan Dong Zong -Desak GAMIS

GAMIS desak Dong Zong diharamkan
Antara sepanduk yang dibawa peserta. - Astro AWANI / Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendesak agar Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) segera diharamkan atas alasan mengganggu perpaduan dan Perlembagaan Negara.

Desakan itu disuarakan dalam ‘Himpunan Bangkit Pertahan Jawi, Haramkan Dong Zong’ yang berlangsung di ibu negara, pada Rabu.


Perhimpunan itu diadakan bagi menyatakan kekesalan susulan bantahan Dong Zong terhadap pengenalan subjek tulisan jawi di sekolah vernakular, disertai mahasiswa dari seluruh negara.

Perhimpunan mempertahankan pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). Dijangka 2,000 peserta akan bergerak dari Masjid Jamek ke Sogo jam 2.30 petang.@501Awani



View image on Twitter
"Kami beri amaran untuk Dong Zong agar menghentikan bantahan kalian. Jika tidak, kami tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan mahasiswa bangkit dan berhimpun bersama supaya pertubuhan itu diharamkan.
"Kami juga mahu agar pelajaran jawi diajar di semua sekolah termasuk SJK(C) dan SJK(T) kerana ia bertepatan dengan Perlembagaan Negara yang menyatakan jawi adalah sebahagian dalam Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan," kata Presiden GAMIS, Saifullah Baiduri.

Terdahulu, kira-kira 1,000 peserta menunaikan solat Zuhur di Masjid Jamek, sebelum bergerak ke kompleks beli-belah Sogo, kira-kira jam 2.30 petang.

Mereka membawa sepanduk yang tertulis, antaranya 'Haramkan Dong Zong', 'Rakyat Bangkit Pertahan Jawi' dan 'Hidup Jawi'.
Wakil Gerakan Pembela Ummah menyampaikan ucapan dan permintaan dari perhimpunan mempertahankan pengenalan tulisan Jawi anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).@501Awani

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails