Sunday, December 29, 2019

Masjid Di PP Ini Dibuka 9:30 Pagi Hingga 9.30 Malam, Diganggu Pihak Tertentu?


Masjid Jalan York hadapi masalah vandalisme - Pengerusi
GEORGETOWN: Waktu operasi Masjid Jalan York dihadkan antara jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam kerana kerap berhadapan dengan kejadian vandalisme, kata Pengerusinya, Datuk Dr Basheer Ahamed Abdul Kareem.
Dr Basheer berkata, masjid berkenaan menghadapi banyak masalah vandalisme seperti kecurian termasuk kamera litar tertutup (CCTV) dicuri dan pintu dipecahkan sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, pihak polis juga pernah menyarankan supaya masjid berkenaan ditutup pada waktu malam sekiranya kejadian itu terus berlaku.
“Kami sudah buat pemerhatian bahawa yang datang solat Subuh di sini hanya dua orang. Masjid ini kecil dan dikelilingi masjid besar kira-kira 200 meter termasuk masjid jamek kira-kira 150 meter berhampirannya,” katanya kepada BH menerusi aplikasi WhatsApp.
Beliau mengulas mengenai notis penutupan Masjid Jalan York yang dikeluarkan pihaknya pada 24 Disember lalu dan tular di media sosial semalam.
Menurut notis berkenaan, masjid itu hanya akan dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam setiap hari mulai 31 Disember ini.
Notis itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya tidak berpuas hati, selain menganggap kesucian Islam seolah-olah diganggu pihak tertentu.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata semua masjid perlu dibuka sekurang-kurangnya bagi solat fardhu lima waktu, mengikut asas fungsi masjid.
Beliau berkata, ia adalah seperti yang termaktub dalam Kaedah Jawatankuasa Kariah (Negeri Pulau Pinang) 1997 - Kaedah 35.
“Sebagai pihak atau wakil MAINPP, saya nasihatkan dan ingatkan kepada semua pengerusi dan ahli jawatankuasa kariah mengenai bidang kuasa sebagai pentadbir masjid, tanah wakaf masjid dan perkuburan masjid seperti yang termaktub dalam Kaedah 3 dan 8.
“Pengerusi dan ahli jawatankuasa tidak mempunyai kuasa mutlak tetapi hanya sebagai wakil MAIPP sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Abdul Malik berkata, MAINPP atau Setiausahanya boleh memberi arahan secara bertulis yang mengkehendaki Pegawai Masjid atau ahli jawatankuasa kariah itu melaksanakan fungsinya mengikut cara yang ditentukan dan mereka perlu mematuhi arahan.
“Setiausaha MAINPP menerusi Pegawai Agama Daerah Timur laut akan menjalankan siasatan sebelum mengeluarkan arahan lanjut.
“Sehubungan itu, saya anggap notis itu tidak terpakai berdasarkan Kaedah 35 Fungsi Masjid,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di negara umat Islam Malaysia, masjid di negeri Pulau Pinang ini dibuka dari hanya pukul 9:30 pagi hingga 9.30 malam sahaja, mulai 31 Disember ini. Dikatakan takut diganggu 'pihak tertentu?'
Apa komen anda?  

3 comments:

Anonymous said...

Adakah terdapat kemungkinan masjid diganggu oleh hantu yang berkeliaran kerana arahan tuang guru roket yang suka membela hantu RBA ?

tok janggut said...

Masaalah sosial yg kronik..hinggakn tempat ibadat trpaksa d hadkn waktu.Untuk selesaikn masaalah semua AJK termasuk pengerusi kena solat 5 waktu d situ..
Pilih hanya ahli masjid, yg dtg smbhyg d situ sebagai AJK...Jadi AJK nak..hidupkn masjid 5 waktu tak nak

cik minah said...

cuba buat kajian, mungkin datang dari atas..
cuma tukang jilat juboq tak basuh saja yang sondol babai buta..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails