Thursday, January 02, 2020

Penduduk Bantah Jual Arak. K'jaan PH Tetap Pekak..

Penduduk tetap bantah jualan arak bebas cukai di Pulau Pangkor
Pennduduk Pulau Pangkor terus menyatakan bantahan terhadap penjualan minuman keras bebas cukai di pulau itu. -Gambar fail
Penduduk tetap bantah jualan arak bebas cukai di Pulau Pangkor

LUMUT: Penduduk Pulau Pangkor terus menyatakan bantahan terhadap penjualan minuman keras bebas cukai ekoran pewartaan pulau itu sebagai pulau bebas cukai mulai 1 Januari 2020.

Walaupun setakat ini masih belum ada peniaga yang berbuat demikian, namun mereka berharap ia tidak akan berlaku.

Ia ekoran jawapan lisan di Dewan Negara yang diberikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa minuman keras dan rokok akan dijual sebagai barangan bebas cukai yang sebelum ini dikecualikan.

Wakil penduduk, Roslan Ahmad, 55, berkata majoriti penduduk tidak bersetuju dengan langkah itu kerana ia banyak memberi kesan buruk, khususnya kepada golongan muda.

Menurutnya, sejak September lalu, mereka telah mengadakan beberapa perhimpunan aman bagi membantah cadangan berkenaan.

"Kita sudah mengutip tandatangan penduduk kampung dan beberapa pelancong yang tidak mahu minuman keras disenaraikan sebagai barangan bebas cukai,” katanya.

Roslan berkata satu memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk memaklumkan perkara itu.

Pengusaha resort, Asmadi Teh berkata penjualan minuman keras dan rokok tanpa cukai itu akan memberi kesan tidak baik kepada penduduk tempatan, khususnya golongan muda.

“Kita sepatutnya kekal dengan perancangan sebelum ini menjadikan Pulau Pangkor sebagai tempat percutian keluarga dan barangan yang dijual sesuai untuk seisi keluarga,” ujarnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perak berkata Menteri Besar mesti berpegang kepada kenyataan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini bahawa minuman keras tidak tersenarai sebagai barangan bebas cukai.

Menurutnya, walaupun tanpa minuman keras dalam senarai barangan bebas cukai, ia akan tetap melonjakkan sektor pelancongan di pulau itu.

Bagaimanapun, katanya, kesan itu mungkin akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk berkembang selain sokongan pihak swasta untuk menjayakan pulau bebas cukai.

Dalam pada itu, Asmadi berkata walaupun pewartaan bermula 1 Januari 2020, tetapi setakat ini harga barangan masih sama seperti harga lama.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasalah, kerajaan PH atau yang sebangsa dengannya tetap pekak tidak peka. Nasib umat Islam, di negaranya sendiri pun nak laksanakan ibadat Islam, susah. Harap pemimpin yang mengaku Islam, tapi otaknya sama dengan otak kafir..


Hibur Hibur Sikit..

Mahdalena gadis batas timor leste

Sejoli Kasih Sarman Dan Lasmi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails