Wednesday, January 01, 2020

Undian Nilai Buruk Media Pro PH, ‘Memalukan’..


PERMATANG PAUH 16 JULY 2017. Naib Presiden Pas, Idris Ahmad semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen permatang Pauh di Kubang Semang, Bukit Mertajam. STR/SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
KUALA LUMPUR: Portal MalaysiaKini selaku wadah dan media penting yang pro Pakatan Harapan khususnya DAP tanpa mampu berselindung telah menyebabkan keaiban besar kepada Kerajaan PH.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, dari undian atas talian yang telah dibuat sendiri oleh portal berita berkenaan, telah memberi keputusan amat memalukan buat PH.
“Rakyat dalam kalangan pembaca portal tersebut telah memberi penilaian buruk buat Kerajaan PH apabila 90 peratus Menteri Kabinet mereka telah dinilai dengan markah gagal.
“Daripada 28 Menteri disenaraikan, hanya 10 peratus daripada mereka mendapat penerimaan markah 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan mengenai isu itu hari ini.
Ujarnya, ini jelas membuktikan PH berada dalam kedudukan sangat ditolak dan dicemuh oleh rakyat atas pelbagai keputusan dan tindakan yang menyaksikan semakin ramai muak terhadap gabungan PKR, DAP, PPBM dan PAN ini.
Katanya, situasi itu sudah pastu paling dibimbangi PH menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-15) yang memungkinkan mereka menjadi kerajaan sepenggal.
Tambah beliau, Kerajaan PH bukan sahaja gagal menunaikan janji menifesto mereka, malah tidak mempedulikan lagi konsep pemisahan kuasa dengan menekan penjawat awam dengan tuduhan Deep State.
“Manakalah PH dicop oleh rakyat sebagai kerajaan yang gagal berfungsi (Kakistocracy),” katanya lagi.
Justeru itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyegerakan rombakan kabinet sebelum keyakinan pelbagai pihak termasuk pelabur asing terus merudum menjadi sifar.
“Sekiranya tiada lagi ahli-ahli parlimen PH yang lebih baik dari menteri-menteri kabinet sekarang, adalah lebih wajar PM bubarkan parlimen untuk membolehkan rakyat memberi mandat baru kepada kerajaan yang kompeten,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 31/12/2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails