Monday, June 14, 2021

Lelaki beristeri 38.. Tapi ini lebih menarik lagi.

 

Ziona Chana yang memiliki 38 isteri dan 89 anak serta ramai cucu, dipercayai mengetuai keluarga terbesar di dunia. Foto ihsan Twitter ZoramthagaCM

Lelaki beristeri 38 meninggal dunia. 

NEW DELHI: Seorang lelaki India dari Mizoram yang dipercayai mengetuai keluarga terbesar di dunia, dengan 38 isteri dan 89 anak, meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Menurut Anadolu Agency (AA), Ketua Menteri Mizoram, Zoramthanga, mengumumkan kematian Ziona Chana, yang merupakan penduduk kampung Baktawng Tlangnuam, dalam sebuah posting di Twitter.

"Dengan berat hati, #Mizoram mengucapkan selamat tinggal kepada Mr Zion-a (76), yang dipercayai mengetuai keluarga terbesar di dunia, dengan 38 isteri dan 89 anak," katanya.

Zoramthanga berkata Mizoram dan Baktawng Tlangnuam menjadi tarikan utama pelancong kerana keluarga berkenaan.

Chana adalah ketua agama disebut "Chana Pawl," yang diasaskan oleh bapanya pada 1942, yang membenarkan poligami.

Menurut pegawai, Chana, yang turut mempunyai ramai cucu, meninggal petang semalam.

"Dia dibawa ke hospital di daerah lain dan laporan yang diterima mengatakan dia meninggal dunia hari ini," kata Timbalan Pesuruhjaya Daerah Serchhip, Kumar Abhishek, kepada Anadolu Agency.Lal Thanhawla, bekas Ketua Menteri Mizoram dan pemimpin politik kanan dari parti Kongres Nasional India, mengatakan kepada Anadolu Agency: 

"Kematiannya (Chana) adalah kerugian yang sangat besar bagi semua orang ..keluarga itu sangat berdisiplin dan ada banyak perkara yang perlu dipelajari daripada mereka." - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Ini kisah menarik, lelaki beristeri 38 orang. Tetapi menarik lagi kisah ini. Seorang ulamak Islam bernama Syech H Muhammad Yusuf Saigon.  Beliau berkahwin sebanyak 40 kali.

Muhammad Yusuf, setelah belajar ilmu-ilmu keIslaman secara mendalam, akhirnya menjadi saudagar intan. Mohammad Yusuf merantau ke seluruh tanah Kalimantan, Sumatera, ke Saigon dan Kemboja. Dengan isteri ke 40 dari Kemboja itulah yang dibawanya pulang menetep ke Kalimantan Barat. 

Dari ulama inilah lahirnya Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussein, ulama Islam yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Pertama Malaya 1955 sebelum merdeka dulu. Beliaukah yang menang menjadi Ahli Parlimen Pertama dari PAS atau Parti Islam Se Malaya, merebut 1 dari 52 kerusi Parlimen? Untuk sahihnya sila lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails