Wednesday, January 02, 2013

Tragedi Darul Runtuh, Tanda BN Menuju Keruntuhan?




KEMAMAN: Negeri Terengganu Darul Iman menutup tirai 2012 dengan insiden bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai, Kemaman runtuh pada 30 Disember lalu. Kejadian ‘runtuh’ seolah-olah badi bagi negeri ini selepas kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh pada 2 Jun 2009.

Tinjauan Harakahdaily mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan runtuh menyembah bumi dipercayai strukturnya yang lemah serta reput sekitar jam 2.30 petang. Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.

Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran ‘Terengganu Darul Runtuh’ yang memalukan. Ini tanda BN menuju keruntuhan? Siap-siaplah, bermula tahun ini PR mengambil alih pemerintahn Malaysia. Insya Allah. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

sampai begitu juga. Bangunan pun yang runtuh ada kaitan dengan politik kah Cetiknya fikiran seorang penulis.. Bala petaka atas ketentuan alam pun masih juga dipolitingkan. Kelebihan BN tdiak myumpah IBNU HASYIM sebagai bakal keruntuhan akhlak. Kerana kuasa Allah.Bezakanlah mana yg sesuai untuk politik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails