Saturday, January 05, 2013

Esliza Ikhlas Berhijab, Al-hamdulillah! Ini Panduan.


 
HALAMAN HIBURAN


ESLIZA terbuka hati untuk berhijab....
TERPANTUL berita 'Esliza ikhlas berhijab'. Diletakkan gambar seperti disebelah ini.

Ditulis, antaranya.. 

"Sepanjang tahun 2012, kelihatan semakin ramai artis wanita yang terbuka hati untuk berhijrah dengan memakai hijab. Namun, pelakon yang baru berumur 16 tahun ini juga telah mengambil keputusan yang merupakan suatu perubahan besar dalam hidupnya.

"Esliza Loy iaitu adik kepada aktres Elfira Loy yang baru-baru ini ditemui ketika sidang akhbar drama bersiri Debunga Lalang yang bakal ditayangkan di slot Azalea menerusi saluran TV3, tampil manis berhijab pada majlis yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.

"Masih baru dalam menempuh fasa hijrahnya itu, akui Esliza, dia memang pernah memasang niat untuk berhijab sejak setahun lalu.Namun, kerana belum benar-benar bersedia, dia menangguh keputusannya untuk berhijab."

Menurut Esliza, "Awal bulan Disember ini. Sebenarnya saya sudah lama terfikir iaitu dari tahun lepas lagi. Namun ketika itu hati saya masih lagi berbelah bahagi mahu pakai atau tidak. Akhir tahun ini, barulah saya ambil keputusan untuk berhijab....." dan seterusnya.

Maka di bawah ini dipersembahkan sebahagian dari tips panduan berhijab (Diangkat dari www.muzir.wordpress.com)


Poster yang sangat bagus untuk disebarkan. 

Cara Yang Betul  

Pakaian Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:
  • Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
  • Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  • Mestilah kainnya tebal.  Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  • Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  • Tidak berwangi-wangian.
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  • Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.
Semoga dengan kalian menepati kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, keredhaan ALLAH dan kasih-sayangNYA melimpahi diri kalian, amin…

Cara Yang Salah

Berikut pula disenaraikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita-wanita Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
  • Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
  • Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
  • Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
  • Tidak menutup sebahagian anggota tubuh.  Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
  • Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
  • Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
  • Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulnya.   
Wallahu'aklam. (IH)

1 comment:

Unknown said...

Earthmoving Parts - Munnar
ur blog is really nice and interesting, You have maintain it so beautifully that I truly like & enjoy it

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails