Thursday, January 03, 2013

Ini Pelakon Didakwa Memiliki Dadah Itu..



 ZARINA dan Mohamad Fakhruzaim semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas tuduhan memiliki dadah.

PETALING JAYA - Pelakon dan model wanita kontroversi, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bersama seorang lagi rakannya atas tuduhan memiliki dua biji pil eramin 5, empat hari lalu.

Zarina, 27, dan rakan lelakinya yang juga seorang pelajar kolej, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran.
Zarina terpaksa ditahan di Penjara Kajang sementara menunggu tarikh sebutan berikutan tiada siapa membayar wang jaminan RM2,000 yang ditetapkan oleh mahkamah.

Selebriti yang pernah membintangi drama Anak Pontianak itu didakwa bersama-sama rakan lelakinya memiliki dua biji pil dadah tersebut dengan anggaran berat 0.6 gram di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Bukhari Wan Mohd. menawarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh. Peguam Mohd. Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah agar mengurangkan wang jaminan tersebut atas alasan anak guam masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Nazri kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan syarat penjamin merupakan ahli keluarga mereka. Mahkamah menetapkan pada 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia. Mohamad Fakhruzaim membayar wang jaminan.

Sebuah akhbar kelmarin melaporkan pelakon dan model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu ditahan bersama teman lelakinya di kediaman mewah di Damansara Damai. Semasa ditahan pasangan itu didapati menyimpan dua biji pil disyaki eramin 5 dengan anggaran berat 0.6 gram.

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada di dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah tersebut, suspek wanita membuka tingkap tetapi segera menutup semula pintu itu selepas menyedari orang itu merupakan polis.

Pada 2011, Zarina pernah ditahan oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor bersama-sama seorang lagi rakannya dalam satu operasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang. Bagaimanapun, ujian air kencing yang dilakukan terhadap Zarina yang ditahan ketika itu mendapati dia negatif dadah jenis ketamin.

Zarina yang lebih mesra disapa sebagai Anju menjadi perhatian ramai gara-gara gambar seksi dan mengghairahkan miliknya tersebar di alam maya yang dipetik daripada majalah FHM versi Indonesia.
Foto-foto tersebut menjadi kecaman dan kutukan banyak pihak kerana aksi-aksi panasnya itu.

Sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails