Wednesday, January 02, 2013

Kelab Eksklusif Sambut Tahun Baru Dg Parti Liar.


Empat gadis kantoi dicekup malam tahun baru
Empat gadis yang ditahan sedang disoal siasat di hadapan pintu masuk kelab eksklusif dalam serbuan sempena tahun baru di Kuala Terengganu malam 

PIHAK penguat kuasa memeriksa kesan minuman keras di dewan sebuah kelab eksklusif di negeri ini semalam. 

KEMASKINI
K/TERENGGANU - Keghairahan kira-kira 100 pengunjung sebuah kelab eksklusif di negeri ini berpesta sempena menyambut tahun baru tergendala apabila kawasan tersebut diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).

Serbuan yang turut disertai Majlis Daerah Kuala Terengganu dan Agensi Dadah Kebangsaan itu dilakukan selepas menerima maklumat terdapat iklan dan gambar-gambar tidak senonoh penganjuran parti itu di dalam laman sosial Facebook. Bukti ada rancangan parti liar membabitkan lelaki dan wanita itu dikuatkan lagi apabila hasil risikan mendapati dewan di kelab eksklusif itu sudah ditempah pada 31 Disember.

Empat gadis antara yang ditahan  Dalam serbuan bermula jam 12 tengah malam itu, keempat-empat gadis berkenaan yang berusia lingkungan 20-an ditahan kerana didapati berpakaian tidak sopan di tempat awam.

“Bayaran serendah RM50 seorang yang ditawarkan menjadi taktik penganjur untuk menarik golongan pelajar dan belia menyertai parti ini.
“Melalui risikan kami (JHEAT), kebiasaannya parti sebegini ditawarkan dengan harga yang mahal dan tidak seperti yang dilakukan penganjur kali ini,” katanya kepada pemberita.

Keempat-empat gadis berkenaan bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di bawah Seksyen 35, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001, kerana mendedahkan tubuh di tempat awam dan berdepan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau tidak melebihi enam bulan penjara atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails