Thursday, December 20, 2012

Marah Rogol Ganas Dlm Bas & Campak Keluar..

 SEORANg penunjuk perasaan tidak menghiraukan tembakan meriam air dari sebuah kenderaan polis di New Delhi semalam.

Pelajar perempuan dirogol, dicampak dari bas
NEW DELHI: Kejadian seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun dirogol, dipercayai oleh empat lelaki, dalam sebuah bas di sini Ahad lalu mencetuskan kemarahan di seluruh India. Kejadian itu turut membangkitkan kemarahan di kalangan ahli Parlimen hari ini, yang mendesak agar undang-undang sedia ada dipinda untuk mengenakan hukuman mati. Polis telah menahan empat orang termasuk pemandu bas. Dua lagi masih dicari.
"Apa yang kerajaan lakukan untuk menangani kes-kes rogol di ibu negara?" kata Sushma Swaraj dari parti pembangkang, Bharatiya Janata.
"Perogol hari digantung, kita perlukan undang-undang yang ketat untuk menghentikan kejadian rogol," kata beliau lagi.

Pada hari kejadian, pelajar perempuan itu dan rakan lelakinya yang sedang dalam perjalanan itu dipukul, dilucutkan pakaian dan dicampak keluar dari bas. Menurut polis, pasangan itu diserang oleh sekurang-kurangnya empat lelaki. Ketua Polis Delhi, Neeraj Kumar memberitahu pemberita hari ini bahawa pelajar itu dan rakannya menaiki bas di kawasan Munirka, yang terletak di selatan Delhi.

"Kawan lelaki pelajar perempuan telah melawan lelaki-lelaki yang menyerang mereka untuk menyelamatkan pelajar perempuan itu, tetapi dipukul dengan teruk.
"Pelajar perempuan itu juga cuba menyelamatkan kawannya, tetapi turut dipukul dan dirogol di bahagian belakang bas.
"Kemudian, kedua-dua mereka dicampak dari bas," kata Neeraj.

Pasangan itu dimasukkan ke hospital dan wanita itu dipercayai berada dalam keadaan kritikal. Polis sudah menahan pemandu bas dan beberapa yang lain bagi membantu siasatan. Angka kejadian rogol di New Delhi lebih tinggi berbanding di bandar lain. Sebanyak 572 kes dilaporkan di New Delhi tahun lalu.

The Times of India mendakwa insiden yang berlaku itu menyebabkan mereka  melabelkan New Delhi sebagai kawasan rogol India. Ketua Menteri Delhi bagaimanapun memberitahu pemberita, kes terbaru ini sesuatu yang paling luar biasa.

“Kami ingin memastikan bahawa pesalah tidak akan dibenarkan untuk diikat jamin walau apa keadaan sekalipun. Pesalah akan dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka," katanya.

Kata Ketua Menteri, pihaknya akan menimbang semula keperluan untuk menubuhkan mahkamah ‘fast track’ bagi memastikan keadilan yang pantas dapat diberikan kepada mangsa. (SH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bertuah bagi penganut -penganut agama Islam, kerana sistem perundangan mengenai jenayah sudah ada digariskan dalam agamany.a. Beruntunglah bagi pemimpin-pemimpin Islam yang yakin dengan tarbiah melalui perundanganNya.  


Malang bagi yang tidak yakin, mereka masih tercari-cari hukum lain dari hukum yang Allah SWT ciptakan. Buta mata hati mereka dan kecil jiwa mereka kerana tidak melihat hukum Allah lebih baik dari segala hukum di muka dunia ini, yang sesuai dilaksanakan di segenap tempat, masa dan keadaan.

Kalau pemimpin bukan Islam menolak Islam, itu wajar. Tetapi kalau yang mengaku Islam dan negara Islam, tiba-tiba menolak hukum Islam, amat malang sekali.. Sudah tentu pemimpin itu tidak siuman, gila! Maka wajar dibetulkan atau dijatuhkan. Diganti dengan golongan Islam yang lain.

Mengenai hukum rogol, sila rujuk.. 

TERKINI
Bantahan ganas di New Delhi
NEW DELHI : Polis rusuhan India melepaskan tembakan meriam air semalam bagi menyuraikan tunjuk perasaan di sini yang diadakan bagi membantah kejadian merogol secara berkumpulan ke atas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun di dalam sebuah bas, kata beberapa saksi.

Pihak polis melepaskan tembakan air ke arah penunjuk perasaan ketika sebahagian daripada mereka cuba meruntuhkan penghadang besi di luar kediaman rasmi Ketua Menteri Delhi, Sheila Dikshit. Para penunjuk perasaan turut bertempur dengan anggota polis. Siri bantahan itu bermula sejak malam Ahad lalu.

Mangsa rogol yang dihumban keluar dari bas kini dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital. Teman lelaki wanita itu turut cedera parah selepas diserang kumpulan yang sama. Empat orang suspek termasuk pemandu bas telah ditahan dan misi memburu dilancarkan bagi mencari dua lagi suspek. 

Pelajar wanita yang dirogol itu belajar dalam jurusan perubatan di sebuah universiti. Ribuan penunjuk perasaan memenuhi jalan raya di depan ibu pejabat polis dan dekat bangunan Parlimen bagi membantah perbuatan tersebut. Sebahagian pelajar universiti yang marah membuat sekatan di beberapa batang jalan raya di sini menyebabkan kesesakan teruk berlaku. – Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails