Monday, December 17, 2012

Lihat, Berpemikiran Islamkah Artis Ini?

lana nordin seksi berbikini foto seksi lana nordin pakai bikini dia dimarahi keluarga

HALAMAN HIBURAN
SEJAK awal pembabitannya dalam lakonan, Lana Nordin tidak pernah sunyi dengan kontroversi. Kemunculan beraninya menggayakan baju menampakkan bahagian dada yang menjadi aset penting wanita, sering mengundang perhatian ramai hingga diberi jolokan Pamela Anderson Malaysia. Sudah banyak kali dia ‘ditegur’ kerana keberaniannya, malah ia hangat diperkatakan di Internet. Jika namanya ditaip di ruang carian, pasti yang terdahulu keluar kritikan dan kisah penampilan seksinya.

HANGAT...Lana Nordin tidak pernah sunyi dengan kontroversi.
HANGAT...Lana Nordin tidak pernah sunyi dengan kontroversi.
Paling hangat diperkatakan, kontroversi foto peribadinya berbikini dan menampakkan tubuhnya separuh bogel ketika bercuti di Indonesia tersebar di laman sesawang dan blog, Julai lalu. Terbaru, Lana mengeluarkan kenyataan tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah payu dara terdedah dalam filem Pontianak vs Orang Minyak dieksploitasi pengarahnya, Afdlin Shauki.

Bahkan, Lana melihat senario itu sebagai satu kerjasama situasi ‘menang menang’ kerana sudah lama teringin bekerjasama dengan sutradara itu dan buat kali pertama berpeluang membintangi filem komedi. Persoalannya, selaku empunya diri, bagaimana Lana atau nama sebenar, Mazlina Hasan Nordin melihat diri dan apakah prinsip dipegang gadis kelahiran Kuching, Sarawak pada 6 Disember 1979 ini?

Adakah kritikan dan cemuhan yang diperkatakan selama ini langsung tidak berbekas di hatinya? Benarkah dia tidak kisah bahagian penting tubuhnya dieksploitasi demi berkarya? Ketika perkara ini dibangkitkan, Lana menegaskan, dia tahu apa yang terbaik buatnya, bahkan pada usia 33 tahun, dia bijak menilai baik buruk sesuatu perkara.

Katanya, dalam berkarya, dia berpegang pada sikap profesional dan apa dilakukan selama ini tidak melanggar batas sepatutnya. Namun andai ada yang memandang serong, dia pasrah. Terserah apa orang fikir, dia tidak ambil pusing.

“Perkara ini bukan baru bagi saya. Pada awal kemunculan dulu, orang kaitkan saya dengan imej seksi dan simbol seks, malah ada yang labelkan saya Pamela Anderson Malaysia. Gelaran itu tidak pernah saya minta atau tagih, tapi orang yang beri.
“Bagi saya, seksi itu subjektif dan terpulang kepada tafsiran setiap individu.
Mungkin seksi itu pada bentuk tubuh, wajah, mata, bibir, cara bercakap atau lenggok badan.

“Jujur, saya tidak pernah rasa diri ini seksi tapi jika itu penilaian orang, terserah. Saya tidak boleh tutup mulut orang. Kadang­kala hairan juga, bukan selalu saya bawa watak penggoda tapi itu yang orang ingat.
“Padahal, ramai lagi pelakon yang hidupkan watak sebegitu, tapi mereka tak pula kena kritik berpanjangan seperti saya. Seingat saya, tak pernah pula lakonan saya keterlaluan. Masih ada batas, termasuk penampilan. Bukannya saya buka baju atau beraksi ranjang.

“Pelik juga, watak penggoda dan seksi saja yang orang ingat dan jadi sebutan, walhal banyak lagi watak lain yang saya buat tapi tak digembar-gemburkan pula.
“Namun bila difikirkan semula, ada bagusnya. Bila orang ingat, bermakna lakonan saya menjadi. Tak mengapalah, saya lihat kritikan, cemuhan dan persepsi ini daripada sudut positif,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran telefilem Innalillah.

Bekas pramugari ini berkata, dia bersedia dengan apa juga kontroversi yang bakal timbul berikutan penampilannya dalam filem Pontianak vs Orang Minyak dan menyerahkan perkara itu kepada Afdlin jika ada apa juga perkara berbangkit di kemudian hari.

Katanya, ketika penggambaran dijalankan, dia ragu-ragu untuk berpakaian sebegitu, namun meneruskannya apabila Afdlin meyakinkan semuanya akan berjalan lancar dan bertambah lega apabila Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) meluluskan babak itu.

“Kalau benar keterlaluan, pasti babak saya dipotong. Saya gembira menjadi sebahagian daripada keluarga produksi ini dan berharap isu ini tidak diperbesar-besarkan.
“Saya berlakon filem ini kerana belum pernah buat genre komedi dan sudah lama teringin bekerjasama dengan Afdlin. Dia pengarah kreatif dan sangat komited dengan kerjanya,” katanya. (Sedutan dari myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian.. Bagaimana nak betulkan permikiran seperti ini supaya kembali kepada Islam? Moga-moga Tuhan beri hidayah kepadanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails