Sunday, December 16, 2012

Hapuskan Tol Jambatan P.Pg, Ikut Perjanjian Asal


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyokong desakan yang dibuat oleh NGO, Hapus Tol Jambatan Pulau Pinang (HAPUS) yang meminta agar kerajaan memansuhkan segera tol yang telah membeban hidup rakyat Pulau Pinang setiap hari.

Beliau yang dihubungi memberitahu tindakan melanjutkan perjanjian asal dari 33 tahun sebelum ini dengan melanjutkan lagi 20 tahun adalah satu tindakan yang tidak sewajarnya dan jelas hanya untuk keuntungan kroni sahaja.

"Kita tahu Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan merupakan keempat di Asia Tenggara dan kita hargai.
"Namun dalam pada masa yang sama rakyat terus terbeban dengan kadar tol yang dikenakan apatah lagi tempoh konsesi yang telah dilanjutkan kepada 20 tahun lagi, yang mana perjanjian asal hanya 33 tahun sahaja," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, kadar tol sebanyak RM7 bagi perjalanan dua hala satu beban besar kepada mereka yang merupakan penduduk Pulau Pinang yang sentiasa berulang alik menggunakan jambatan tersebut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kerajaan sepatutnya memberikan kadar diskaun kepada mereka yang sentiasa menggunakan jambatan tersebut terutamanya mereka yang menetap di bahagian pulau bukannya melanjutkan konsesi hanya untuk kepentingan kroni sahaja.

Sementara itu, HAPUS melalui kenyataannya memberitahu penghapusan tol Jambatan Pulau Pinang adalah amat perlu kerana rakyat Pulau Pinang tidak pernak mendapat manfaat dari keuntungan kutipan dari tol tersebut.

Malah menurut HAPUS lagi, kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mendapat hak atau komisen daripada kutipan tol walaupun dalam perjanjian mengatakan mereka mempunyai pegangan sahan sebanyak 15 peratus atau 375,000 saham pada 1994.

Konsesi tol sepatutnya tamat pada tahun 2018 tetapi telah dilanjutkan sehingga tahun 2038. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails