Wednesday, May 17, 2017

Merokok Membimbangkan, 1,276 Murid terlibat (2016) Di T'ganu.



Kegiatan merokok melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah di Terengganu semakin membimbangkan. – Gambar hiasan

KUALA NERUS – Tabiat merokok dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini semakin membimbangkan apabila kajian mendapati, seramai 1,276 murid terlibat dengan gejala tidak sihat itu pada tahun lalu.
Lebih memeranjatkan, kajian melalui program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) itu mendedahkan murid tahun satu turut terlibat dengan gejala tersebut.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Mohammad Omar (gambar kecil) berkata, jumlah itu merupakan 1.2 peratus daripada 105,162 murid dan pelajar yang disaring melalui program penjagaan gigi kelolaan JKNT.
“Seramai 150 murid sekolah rendah terma­suk seorang murid darjah satu dan dua orang darjah dua me­ngaku mempu­nyai tabiat me­rokok.
“Selebihnya 1,126 pelajar sekolah menengah di seluruh negeri ini juga dikesan merokok menerusi program Kotak pada tahun 2016,” katanya selepas merasmikan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia peringkat Terengganu di sini semalam. (IH)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails