Monday, May 15, 2017

Lelaki Pakai Coli Jadi Trend Di Jepun. Di M'sia?


Lelaki Jepun kini mula memakai coli lelaki sebagai cara untuk mengurangkan tekanan. Ia didedahkan oleh salah seorang ahli panel program bual bicara Non-Summit iaitu Ogi Hitoshi bahawa 'coli lelaki kini menjadi trend yang popular di Jepun'.

Ogi mendedahkan coli lelaki dianggap sebagai kemewahan kecil di Jepun kerana ia memberikan keselesaan dan dibalut dengan selesa di sekitar dada kaum lelaki.
Beliau juga menjelaskan, coli lelaki kali pertama diperkenalkan hanya dalam warna hitam dan dengan rekaan asas sahaja namun kini ia dijual dalam pelbagai bentuk rekaan dan warna.
Bagaimanapun pendedahan Ogi ini memberikan ketidakselesaan kepada ahli panel yang lain dalam Non-Summit dan mereka cuba memahami bagaimana coli memberikan perasaan selesa. 
 Akan berjangkitkah ke negara ini?


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails