Monday, May 15, 2017

Penas Tanggul, Jakarta Isytihar Zon Bebas Rokok Bantah Sasaran Perokok Muda.


SEORANG wanita menaiki tangga di sebuah kediaman yang dicat dengan warna cerah di kejiranan Penas Tanggul, Jakarta Indonesia pada Rabu lepas. - REUTERS

JAKARTA – Sebuah kejiranan di Jakarta secara rasmi mengisytiharkan kawasan berkenaan zon bebas merokok sebagai membantah usaha syarikat tembakau menyasarkan golongan muda.
Sekurang-kurangnya sederet rumah di kejiranan Penas Tanggul, timur Jakarta dicat dengan warna cerah pada Mac lalu. Penduduk turut menggantung kain rentang di pintu masuk ke kawasan itu untuk mengisytiharkannya zon bebas merokok.
Penduduk Penas Tunggul digalakkan supaya berhenti atau mengelakkan daripada merokok.
“Galakan ini agar kejiranan kami bukan sahaja cantik tetapi juga sihat,” kata pelajar berusia 22 tahun yang menganjurkan program itu bersama sebuah kumpulan hak awam, Nobby Sail Andi Supu.
Dalam pada itu, seorang penganjur protes antimerokok tempatan, Manik Marganamahendra, 20, berkata, syarikat rokok menyasarkan golongan muda di Indonesia dengan produk baharu seperti rokok berperisa buah-buahan dan pakej iklan yang menarik.
“Kami sebenarnya mahu industri rokok hilang sepenuhnya tetapi perkara ini tidak berlaku dalam masa satu hari.
“Kami mahu membuang ketagihan rakyat Indonesia kepada rokok,” katanya kepada agensi berita Reuters baru-baru ini.
Indonesia memiliki kadar merokok antara tertinggi dan merupakan pengeluar rokok keempat terbesar di dunia. – Reuters


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails