Friday, May 19, 2017

Hannah Yeoh Memenuhi Prinsip Rukun Negara.


Hannah Yeoh Memenuhi Prinsip Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Hasrat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh untuk menjadi seorang penganut Kristian yang baik selaras dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam tafsirannya mengenai Rukun Negara berkata, Rukun Negara mahu setiap rakyat Malaysia menjadi penganut agama yang baik kepada agama masing-masing termasuk Kristian, Hindu dan Budda.
Justeru, beliau mengecam penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff kerana membuat laporan polis ke atas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh berhubung agenda Kristianisasi.
“Ia menunjukkan pembinaan negara Malaysia selepas enam dekad telah tersilap dan mesti diperbetulkan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman baru-baru ini membuat laporan polis keatas Hannah Yeoh berhubung agenda Kristianisasi DAP seperti yang didakwa terkandung dalam buku tulisan Hannah bertajuk ‘Becoming Hannah’.
Dakwa Kamarul Zaman, Hannah dalam penulisannya mengakui penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian dan menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian.
Penganalisis politik itu turut mendakwa Hannah menyeru Felo Kristian Seberang Laut dan penganut agama Kristian umumnya mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.
Kit Siang dalam kenyataannya bagi mempertahankan Hannah Yeoh bagaimanapun tidak mengulas tentang dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan Kamarul Zaman ke atas Speaker DUN Selangor tersebut. 
Lapor MYNEWSHUB.CC

Klik sini.. Majlis Hi-Tea Dana Pilihan raya PAS Titiwangsa.

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails