Tuesday, May 16, 2017

Putus, Kerana PKR Erat Dg DAP Yang Bantah Hanya Islam Layak Jadi PM.


Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan antara sebab partinya memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hubungan erat PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.
Abdul Hadi berkata, DAP sejak memenangi banyak kerusi secara terbuka menunjukkan sikap bermusuh terhadap konsep Negara Islam dan membantah syarat PAS supaya pembangkang mewajibkan Perdana Menteri seorang yang beragama Islam.
“DAP menentang segala usaha PAS untuk melaksanakan syariat Islam walaupun kepada penganut Islam sahaja dan membelakangkan Institusi Raja kerana mengikut selera politik mereka.
“Keputusan Majlis Syura Ulama PAS juga memutuskan Tahaluf Siyasi bersama PKR terbatal apabila syarat-syarat Tahaluf dicabuli sama ada salah laku terhadap hukum syariat dalam pendekatan politik atau melanggar adab bertahaluf kerana mengikut kawan politik yang salah disebabkan konsep oportunis mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Hadi berkata, Islam menegaskan politik adalah sebahagian daripada syariat yang tidak boleh dipisahkan daripada agama.
Tegasnya, Islam adalah agama negara dan Institusi Raja Berperlembagaan wajib dihormati oleh semua pihak. 
Lapor MYNEWSHUB.CC


Cuba lihat ceramah DAP ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails