Tuesday, May 16, 2017

PKR Nyawa-nyawa Ikan Kerana... -Md Shukri Shuib, UUM


Hasil carian imej untuk Md Shukri Shuib, UUM

SHAH ALAM - PKR jelas menjadi parti paling rugi dengan terputusnya tahaluf bersama Pas, menurut penganalisis politik.

Ini kerana pemerhati politik Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, PKR yang kebiasaannya mengharap undi kaum Cina atau DAP dan juga undi akar umbi Pas, jadi tanpa Pas, PKR boleh diandaikan hilang separuh undi yang diperoleh parti itu.

"PKR harus akui bahawa mereka tiada sistem akar umbi yang kuat seperti dipunyai Pas. Hanya ada dua parti besar yang ada sistem komuniti yang kukuh iaitu Umno dan Pas, jadi PKR kini perlu bersedia untuk 'pupus'.

"Apatah lagi dengan wujudnya Bersatu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, maka populariti Bersatu jauh mengatasi PKR termasuk Amanah. Kini Pakatan Harapan banyak bergantung kepada pengaruh DAP menerusi undi total kaum cina kepada Pakatan dan Bersatu untuk menambat sokongan Melayu dan pengundi atas pagar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, survival PKR kini seolah nyawa-nyawa ikan, selain dilihat  lesu dan lemah dengan tiadanya hubungan bersama Pas.

Jelasnya, kerugian PKR bukan sahaja dari segi sokongan akar umbi, malahan parti itu akan sukar mengendalikan jentera kempen kerana selama ini banyak bergantung pada Pas.

"Satu gerakan besar-besaran oleh PKR bagi membina jaringan akar umbi yang kuat, serta mempopularkan semula Datuk Seri Anwar Ibrahimserta keluarganya  perlu dilakukan jika tidak mahu PKR menjadi 'koma'.

"PKR kini memerlukan satu talian hayat yang baru dengan modal dan tokoh politik baru, dan inilah yang perlu PKR cari. PKR juga akan rugi kerana banyak kawasan yang dimenangi PKR mungkin terlepas tangan kepada Pas atau BN. Jadinya PKR adalah mangsa politik akibat kecelaruan dan pertembungan hubungan politik antara dua gergasi pembangkang iaitu DAP dan Pas," katanya lagi.

Majlis Syura Ulamak Pas baru-baru ini memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini. (TKO)

Hasil carian imej untuk nyawa -nyawa ikan


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails