Monday, May 15, 2017

Ini, Tolong UMNO Macam Tolong Anjing Tersepit?


BANGI, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Dalam heboh diperkatakan kemungkinan UMNO dan PAS bakal bekerjasama bagi berdepan parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, sekeping gambar yang menjadi viral dalam laman sosial, mencetuskan rasa geli hati netizen.

Diselitkan dengan kata-kata ‘nasib baik ada PAS kalu tidak tumbang UMNO’, gambar berkenaan menunjukkan papan tanda UMNO hampir tumbang. Papan tanda PAS di sebelahnya bagaimanapun, menjadi penghalang daripada papan tanda UMNO itu jatuh.

Antara komentar pengguna laman sosial yang melucukan ialah daripada Sham Abdul Rani yang berkata: “Lepas ni dua-dua tu tumbang sekali.”

Seorang pengguna lagi berkata, PAS sememangnya sudah biasa membantu UMNO dan kemudian diketepikan.

Atau komen ini, tolong UMNO macam tolong anjing tersepit? (IH)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

1 comment:

Anonymous said...

Salahkah pas bantu saudara seagama daripada rebah tersungkur. Kesalahan saudara isu lain, menolong isu lain. Tidak bermakna saudara lakukan kesalahan, kita tidak menolongnya ketika susah. Islam tak ajar sedemikian. Sebenarnya,pkr dan dap adalah anjing yg telah gigit pas setelah pas bnyk memenangkan mereka terutamanya pkr. Dap sememangnya anjing yg selamanya gigit pas. Baik banyak pas tolong umno yg sebangsa dan seagama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails