Thursday, May 18, 2017

Waspada Permainan Blue Whale Boleh Bunuh Diri..

Hasil carian imej untuk Waspada permainan Blue Whale



PENGGUNA


SUNGAI PETANI – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) sentiasa berwaspada dan akan melakukan pemantauan berterusan terhadap permainan online baharu yang dikenali sebagai Blue Whale Challenge (Blue Whale).
Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, walaupun ada laporan bahawa ia dikesan di Rusia, namun setakat ini tiada insiden serupa dilaporkan pada laman sosial di negara ini.
“Ini bukanlah sejenis permainan aplikasi atau perisian, ia adalah cabaran yang boleh dipanjangkan kepada seseorang menerusi apa-apa jenis komunikasi dan mereka yang menyahut cabaran untuk bermain harus menerima arahan dalam kehidupan sebenar serta memberi laporan kepada pencabar.
“Kita akan sentiasa berwaspada dan melakukan pemantauan berterusan. Jika ada pihak yang mempunyai maklumat, perlu segera laporkan kepada kita,” katanya sini semalam.
Blue Whale yang boleh diakses sesiapa sahaja menerusi sebarang medium komunikasi itu dilaporkan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa di seluruh dunia selepas kes bunuh diri seorang remaja berusia 16 tahun di Rusia dikaitkan dengan permainan itu.

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails