Saturday, May 20, 2017

Lagi Bukti DAP Berselindung Kristianisasi.. Seret Ke Mahkamah?


D.E Leaks – Pendedahan oleh Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff tentang agenda Kristianisasi yang dibawa oleh YB Hannah Yeoh melalui gerakerja politiknya bukanlah sesuatu yang baharu.
Ia sebaliknya memanjangkan lagi senarai bukti dan hujah yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak sebelum ini tentang gerakan Kristianisasi di Malaysia khususnya di Selangor.
Hannah Yeoh dalam buku tulisannya, Becoming Hannah, seperti yang didedahkan oleh Dr. Kamarul Zaman (DKZ) itu, secara terbuka mengakui penglibatannya dalam bidang politik telah dibantu oleh gereja baik dari segi dana, kempen dan sebagaimanya.
Lebih menarik, Hannah juga menceritakan bagaimana beliau menggunakan pengaruhnya dalam politik untuk menyebarkan dakyah Kristian khususnya dalam kalangan anak muda.
Agenda Hannah Yeoh juga boleh dilihat melalui usaha beliau, secara efektif, menggunakan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menghalang sebarang usul yang dibawa oleh ahli-ahli dewan yang beragama Islam untuk memperkasakan Islam di negeri ini termasuk usul menambahbaik fungsi dan peranan mahkamah syariah.
Sebagai contoh, pada 26hb Julai 2016, ADUN Permatang Pasir, YB Datuk Haji Sulaiman bin Haji Abdul Razak telah menghantar surat memaklumkan akan membawa usul memperkasa institusi mahkamah syariah di negeri ini tetapi ditolak oleh Hannah Yeoh seperti yang dinyatakan melalui satu surat balas bertarikh 2hb November 2016.
Tindakan ini jelas sekali telah mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Selangor sekaligus membelakangi kedudukan, fungsi dan peranan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.
Ia juga menjelaskan lagi kenapa DAP lebih berminat terhadap jawatan Speaker berbanding jawatan Menteri Besar. Melalui jawatan ini, DAP mempunyai kuasa penuh mengawal dan menentukan sebarang usul yang akan dibentangkan dan dibahaskan oleh ahli dewan.
Ternyata, kuasa ini telah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh Hannah Yeoh untuk mengawal perkembangan dan kemajuan agama Islam di Selangor.
Malangnya masih ramai orang Islam yang gagal memahami helah dan muslihat DAP. Malah, lebih mendukacitakan kita apabila melihat segelintir orang Islam sendiri beriya-iya membela Hannah Yeoh dan DAP seolah-olah mereka ini langsung tidak terkesan dengan agenda Kristianisasi yang sedang melanda negara ketika ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengembangkan Kristian di kalangan orang yang sudah beragama di Malaysia adalah suatu kesalahan. Bolehkah Hannah Yeoh diseret ke mahkamah seperti Ahok bekas pimpinan Jakarta di Indonesia?

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

4 comments:

Anonymous said...


Buku Hannah tu ddlm bahasa omputeh

100% bahkan 300(tak sebutir habuk tahik pun) org2 melayu terutama yg otak nya tahap Tontontv Al-Germani siku lutot grenti tak tau nak baca punya!

Tetapi yg berselindung dgn hudud-RUU dgn jubah serta sorban slps Uturn PONTENG FITNAH pilkuda dan sdondon mencuri berJUTA2/rembat BALAK secara terang terangan itu apa cerita!?

Berselindung2lah lg dgn Quran Hadis jubah sorban NIAT palsu mu itu..

Petir sudah Banjir BALAK pun sudah
Bala' RIBUT "tepat" ke muka
Uturn PONTENG mencuri memFITNAH
Berselindung2 pula dgn RUU-hudud AUTA!
Bala' demi bala' kan diturunkan Allah
Geng2 lobai olarmak kau tunggulah saatnya!!



Anonymous said...

Puok politikus dan pencacai parti cap bulan ni, berhujjah la secara matang selari dgn slogan kamu tu.
Hanna tulis pengalaman dia, dan dalam bahasa omptih pulok. Apa ke halnya dikatakan nak mengkristenkan ummat Melayu?
Biasa la bagi mereka yg berakal ciput saperti pencacai parti bulan yg sorang ni, dah terbeli modal perkauman dan agama jualan umno.

Anonymous said...

Kepada anon 1.57 dan anon5.59 anda adalah panglima perang buat kami sekeluraga..anda cerdas dlm berhujah ...teruskan perjuangan mu sobat...kami turut bangga...
T.kasih dan syabassssssss...!!!

An Anonymous said...

Bila islam dipinggirkan (oleh PH) maka penyebaran kristian bukan lagi menjadi isu besar (mula2 bahasa omputeh lepas tu tak mustahil diterjemahkan pula) lalu mereka pun diisytiharkan sebagai wira oleh keluarga tertentu.. siaaann..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails