Monday, May 15, 2017

Esok, A.Hadi Awang Jalani Rawatan Jantung, Doa &Solat Hajat.


KUALA LUMPUR, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan jantung di sebuah hospital di Kuala Lumpur, esok.
Menerusi satu kenyataan, hari ini, Setiausaha PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkembangan ahli Parlimen Marang itu akan dikeluarkan apabila diperlukan.
“Sehubungan dengan itu, saf kepimpinan PAS ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah, agar Tuan Guru menjalani rawatan dengan jayanya, di kurniakan kesembuhan, kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan membawa mesej perjuangan Islam ke serata dunia.
“Pihak keluarga dan parti ingin mengucapkan terimakasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Tuan Guru dengan tidak menziarahi beliau di waktu ini,” katanya.

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails