Thursday, May 18, 2017

39 Saksi Dipanggil Kes Memandu Sebabkan Kematian 8 Remaja.

KE TING yang didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja hadir di Mahkamah Majistret Trafik Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Majistret Trafik di sini semalam bahawa seramai 39 saksi bakal dipanggil untuk memberi ketera­ngan dalam perbicaraan kes pemandu wanita kereta Nissan Almera yang didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal pada 18 Februari lalu.
Pengarah Pendakwaan Nege­ri Johor, Roslan Mat Nor berkata demikian semasa sebutan semula kes pemandu wanita itu, Sam Ke Ting, 22, di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.
Menurut Roslan yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali, semua dokumen laporan kes berkenaan sudah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.
“Saya mencadangkan seramai 39 saksi akan dipanggil bagi prosiding perbicaraan kes berkenaan kelak,” katanya yang tidak memaklumkan lebih lanjut mengenai saksi-saksi terbabit.

Bagaimanapun, peguam bela, Bustaman Menon Abdul Hamid Menon dan Faizal Mokhtar yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menetapkan sekurang-kurangnya empat minggu untuk meneliti semua dokumen diterima pihaknya.
Siti Hajar kemudian me­netapkan 15 Jun depan sebagai tarikh akhir pengurusan kes dan beliau akan menetapkan tarikh perbicaraan pada tarikh yang sama.
Pada 28 Mac lalu, Ke Ting yang bekerja sebagai jurujual mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal di mahkamah sama.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 13 April lalu sebagai tarikh sebutan semula kes sebelum ditunda ke tarikh semalam sementara menunggu laporan forensik siap sepenuhnya.

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails